Saturday, October 19, 2013

do..do..do..the..down

bismillah wa sollu a'lan nabi muhammad sallahu a'lahi wasallim

assalamualaikum.

entri duka lara dari hati yang tak kebah lagi dari kafarah..

kenapa ya, susah sangat orang nak bagi nasihat pada diri ni..

padahal,kalau ada orang lain minta.aku bagi je .

bukankah bila ada yang minta untuk dinasihati, kita sepatutnya menunaikan haknya.

kadang-kadang rasa, aku dah buat macam ni pada orang lain,

tapi kenapa aku tak dapat pun , macam qoute ni

'WHAT YOU GIVE YOU GET BACK'

maybe ada kaitan dengan  keikhlasan semasa memberi,

dan aku pun,kadangkala minta nasihat bukan pada orang yang minta nasihat padaku dulu.

mana taknya, sape yang online la jadi mangsa untuk mohon nasihat..hmm


#keje satu apa tak jalan,dok pending-loading-pening dengan diri sendiri

nak tau sebabnya,,mesti sebab banyak sangat :

1-berhubungan dengan bukan muhrim
2-banyak melakukan maksiat
3-berhujah dengan orang jahil
4-fokus pada kekayaan material semata

....Allahu..Allahu...Allahu..dah makin jauh,tapi kenapa rasa tiada sapa yang nak menarik balik diri ni dari terus terjatuh sampai anak tangga yang paling dalam..

hanun,hanun,hanun, kuatkan tekad dan azam untuk meraih mardhotillah, tinggalkan perkara lagha, dekatkan diri padaNya, istirghfar penguat benteng diri..fighting!!,jangan tewas dengan diri sendiri,,

TERINGAT KATA-KATA INI: ''YA ALLAH SELAMATKAN AKU DARI 'AKU' ''

^_^ keep smiling, it's sunnah ..Allahuakbar!!

Saturday, September 28, 2013

kalian sahabat kalian juga teman

bismillah wa sollu a'lan nabi muhammad sollahu a'laihi wa salam

sayu,
sebak,
hiba,
sedih,
pilu,
kecewa,
hampa.

Perasaan yang sangat-sangat membuatkan aku berasa terpukul dengan diri sendiri.Di saat teman-teman lain sibuk berjuang, aku dengan penuh rasa bangga merasakan aku jua berjuang,namun dalam landasan yang berbeza. Aku merasa aku jua sahabat mereka, tapi alangkah meluatnya aku dengan diri sendiri bila menganggap diriku sebagai SAHABAT kalian,tetapi kesusahan,keperitan,kepayahan yang kalian lalui hanya dipandang sepi oleh aku.Beralasan aku jua berjuang,tapi dalam ruang lingkup berbeza.

Sungguh, hina pandanganku padaku. Hanya bertopengkan pandangan manusia, aku tertipu dengan diriku sendiri. Walhal, pandangan Dia padaku, adakah aku utamakan? Membiarkan sahabat( layakkah aku menjadi sahabat mereka) berususah payah ,bersengkang mata, berpenat lelah hanya demi menebus kembali maruah kegemilangan islam.

Aku pejuang yang perasan diri sebagai sang  pejuang. Hakikatnya, aku hanyalah pejuang dalam  zon selesa, pejuang manja, yang memilih-milih untuk berada di bawah keadaan yang selesa.

Kepadamu, duhai sahabat seperjuangan, yang sama-sama berjanji setia demi agamaNya, kudoakan kalian sentiasa dalam lindungan,mahabbah dan maghfirahnya, aku jua ingin istiqomah sperti kalian.

Sejujurnya, aku rindu untuk bersama dengan kalian lagi, walau sebenarnya jarak bukanlah pemisah,tapi,yang memisahkan kita adalah disebabkan PENGECUTnya aku. Maaf aku membiarkan kalian berjuang tanpa sokongan. Aku benar-benar rindu dengan JALIDAH HIDAYATI & WAN NUR SYAMIMI. Rindu permusafiran bersama, rindu ditarbiyah bersama.

Aku merasakan aku terlalu jauh dengan kalian,JAUH..JAUH & makin JAUH..kerna aku bukan kalian

BUATMU TEMAN, MOGA SENTIASA TSABAT, TERUS TERANG CEMBURU MENGUASAI DIRI,KALIAN DEKAT DENGAN ILAHI .MAKIN MEMBAIKI DIRI.

kupohon agar kalian tergolong bersama umat terpilih yang bersama-sama bergandingan dengan utusan Allah, Muhammad s.a.w menuju syurgaNYA..AMEEN

maafkan kekerdilan aku..


Sunday, July 14, 2013

pulangkan hati kepada yang berhak

bismillahhirrahmanirrahim wa sollu a'lan nabi muhammad sallahu a'laihiwassalam

insyaallah post sempena ramadhan,
ringkas dan padat,
pulangkan hatimu kepada Yang Berhak.!

siapakah Yang BERHAK itu??
tepuk dada tanya IMAN mu

salamramadhankareem :)

Thursday, July 4, 2013

Antara tanda-tanda seseorang itu dilanda penyakit `hati`:



1- Tak senang melihat orang lain senang
2- Menyampah dengan kelebihan orang lain
3- Memperlekehkan kejayaan orang lain
4- Suka cari pasal dengan orang lain
5- Sukar menerima kemaafan dari orang lain
6- Dendam kesumat yang berlarutan
7- Mudah melabelkan orang lain
8- Tak mahu terima teguran orang lain
9- Sentiasa Ego & Bongkak tak bertempat
10-Sukar mengucapkan penghargaan buat orang lain..
....
Rawat ia sebelum parah...

:: Astaghfirullah~ ::

Thursday, May 23, 2013

bila ujian hati menyapa



bismillah wa sollu a'lan nabi muhammad s.a.w

ujian datang lagi
tanpa jemu ia hadir
memberi inspirasi
buat diri agar 
sentiasa mengingati Dia Yang Esa
moga panduan Ilahi
selalu di hati
membawa kepada
hati yang tak mati..

salam mujahadah duhai hati



Saturday, March 23, 2013

What did I do Today? by Dawud Wharnsby Ali

What did I do Today?

bismillahirahmanirrahim

allahumma solli a'la saiyidina muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wasallam


alhamdulillah, Dia masih sudi menghembuskan sentuhan kasih di hati kerdil ini.

tajuk entri melambangkan persoalan  'apa yang aku telah buat pada hari ini?' tapi, ingin aku kupas

kepada skop yang lebih luas, iaitu 'apa yang telah aku buat selama ini?'

  alhamdulillah, aku berkesempatan merasai pengalaman bekerja bersama 'orang hebat' selama

3 minggu berturut-turut.banyak yang aku peroleh secara tak langsung bilamana bekerja

bersama-sama..

 ini membuatkan aku terfikir, apa yang telah aku lakukan dan perbuat selama ini dengan masa yang ada serta

ruang yang Allah berikan. sungguh, banyak aku terleka dengan nikmat masa.

  teringat kata-kata seorang pentazkirah yang sangat terkenal dengan buku beliau 'Kepemimpinan Al Fateh'

''al fateh pada umur 21 tahun berjaya menakluki kota kostantinopel!!"

"kita bagaimana? dalam umur yang sebaya dengan beliau, apa yang telah kita buat untuk islam?''

''adakah sebuk berfacebook? ''

''tolonglah korbankan masa berfacebook, tolonglah berpuasa dari facebook, ni bila online ja, mesti facebook yang dilayari dulu.. cuba mula-mula online layari web-web bermanfaat seperti malaysiakini, palestinekini, BBCarabic, etc''

ya, memang benar, aku ni asyik nak berfacebook ja, tak salah tapi bila disalahguna, itu yang menjadi

kesalahan termasuklah salah dalam menggunakan nikmat masa.

berbalik kepada tajuk, pengalaman bersama senior-senior yang hebat, menjadi pendorong untuk aku

merubah  cara dan gaya pemikiranku selama ini yang amat memandang remeh akan banyak perkara,

aku ingin berubah menjadi seorang yang benar-benar cintakan ilmu , rajin membaca, berfikiran kritis, rendah

diri, ringan tulang, pemurah dan beramal dengan ilmu yang diberikan bukan 'exam oriented' semoga Allah

redho dengan usahaku sebagai khalifah dan hambaNya dalam memartabatkan islam dan taqarrub ila allah.

amin. moga kita semua mendapat tempat di sana.

akhir kalam., kuhadiahkan kalian lagu ini

http://www.youtube.com/watch?v=MRLDqkbU0qw

Wednesday, March 13, 2013

penatnya!

bismillah wa sollu a'lan nabi muhammad s.a.w

alhamdulillah, penat,penat dan penat...

hanya satu perkataan tapi, berat terasa..

sem 2 ni memang dipenuhi dengan subjek-subjek yang lebih mencabar, best oo..

insyaallah 4flat. semua benda mencabar, kelas pon sem 2 ni mostly dapat jam 8pagi, bersyukur sangat

kelas berturut-turut jam 8, jadi tidur pun awal, suka sangat,tidur awal,dapat bangun awal,

pastu tak tidur pagi,sebab ada kelas.

hari minggu pun sama,alhamdulillah semenjak masuk sem 2, ada ja aktiviti yang join,so,tak da buang masa

sangat macam sem 1 dulu,suka sangat-sangat lifestyle macam ni..

yang paling best bila balik lewat malam, nak online ja, tak boleh sebab internet slow bangat,jadinya tak da

macam dulu,boleh online sampai 2/3 pagi -qiam juga tu..tapi,qiam jahiliyyah la masa tu,,

sekrang ni,dapat online pon lepas subuh, tak dalah tidur pagi lepas solat,pas online beberapa minit kene siap

pi kuliah,so tak delah online lama - lama.

tu je, nak share, best kan kalau kita dapat MANFAATkan segala pemberian Allah untuk agama islam ^_^



akhir kalam ''jangan biarkan hari-harimu berlalu tanpa memikirkan islam sedikit pun''

dipetik dari kata-kata Allahyarham Ust Fadzil Nor


Saturday, February 16, 2013

sifat kelesuan

bismillah wa sollu a' lan nabi muhammad s.a.w




Kenpa kita lemah,lesu, tidak rajin dan malas? Antara sebabnya ialah:

  • Kita tiada matlamat yang jelas
  • Tidak tahu natijah akibat rajin dan malas
  • Sebuk dengan keseronokan sesuatu seperti cerita di televisyen,facebook, dan lain-lain
  • Terasa sudah mewah tanpa bersusah payah lagi mendapatkan sesuatu
  • Rakan taulan kita juga sama seperti kita
  • Akal dan fikiran kita banyak terarah kepada keseronokan dunia yang sementara
Antara penyelesaiannya ialah:

  • Fokus pada matlamat 'Aku ingin cemerlang dan terbaik'
  • Buang sikap bertangguh dan nanti dulu
  • Yakin boleh berubah
  • Mujahadah nafsu dari sifat malas
  • Pilih rakan yang baik dan terbaik disamping berakhlak mulia
  • Jangan membazirkan masa dengan banyak menonton tv dan bermain fb
Kisah teladan:
Seorang yang berhutang masuk ke dalam masjid dalam keadaan muram. Kemudian Baginda SAW menemuinya dan bertanya. Lantas beliau menjawab: Ya Rasullullah, saya dikuasai oleh hutang yang banyak. Lantas baginda bersabda : Adakah kamu ingin aku ajarkan doa agar kamu selamat daripada hutang. Kemudian, Nabi membaca doa ini:

Maksudnya:
''Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu daripada rasa penakut dan kikir, aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan.''- Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad (3/113), al-Bukhari dalam Sahih (2823), Muslim dan Sahih(2706), Abu Daud dalam al-Sunan (2/189) dan al-Nasaie(4/649)

Akhirnya beliau selamat daripada hutang dan begitu rajin dalam melaksanakan ibadat serta ceria dalam kehidupan.

mutiara hikmah:
pujangga berkata: ''kelemahan orang yang pintar,apabila dia mengetahui dirinya pintar,kelemahan orang yang bodoh,apabila dia tidak mengetahui dirinya bodoh.''

*sumber daripada: WASIAT UNTUK ANAKKU karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Friday, February 8, 2013

My Poly Game : Ending



Tepat jam 3 petang,Timah tiba betul-betul dihadapan kedai RFC di dalam sebuah pusat beli belah terkemuka tanah air. Di cari-cari kelibat gadis bertudung  berwarna ungu muda dan akhirnya anak matanya terhenti pada sebatang tubuh yang berjubah hitam bertudung labuh ungu muda .Hatinya yakin yang gadis tersebut adalah Kasih iaitu bakal madunya. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis yang sedang khusuk membaca novel.

“Assalamualaikum. Awak Kasih? Maaf saya buat awak tertunggu” Timah mula bicara.

“Waalaikum…….”

Kasih mengangguk dan memalingkan muka ke arah Timah. Belum sempat dia menghabiskan untuk menjawab salam.. kedua-dua mereka serentak  terkejut dan separuh menjerit menyebut nama kawan masing-masing.

“Eh, kau ke Puan Fatimah tu?” Kasih menyoal teruja.

“Aah. .. and .. ‘you are the luckiest girl’? amboih, amboih,,kot ye pun, jawab le salam aku tu habis dulu”

Mereka salam dan berpelukan mesra.

“Waalaikumsalam Puan Fatimah, aku tak sangka akan jumpa kau kat sini, kita dah lama ‘lost contact’ kan, yang kau ni, dah nikah pun aku tak tau..” Kasih mengomel sambil mencuit lengan kawan lamanya.

“Ewah,ewah..kau tu yang tiba-tiba pindah tak habaq kat aku pun, aku bagi je kad undangan nikah kat rumah kau, tapi yang alamat lama la,yang alamat baru tuan badan tak bagi tahu…” Timah menjuihkan bibir seakan merajuk.

“ Hehe, ‘sorry’ la kawan..hari tu ‘parents’ aku kelam kabut nak pindah ‘last minute’ ,kau faham-faham jela, dulu mana ada, facebook,twitter bagai, nombor kau dan semua ‘member’ yang lain, aku tertinggal buku telefon rumah korang, so tak sempat dan kelam kabut sangat ,maaf ye..aku belanja kau,hari ni, ok?”

“ Tau pun kau. Ok, cantekk..”


Mereka berbual dan berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing yang dipenuhi dengan berbagai berita yang mencuit hati mengenai rakan-rakan, ada berita yang
,menyedihkan dan mengejutkan. Hampir 2 jam bercerita , tujuan asal untuk bertemu dilupakan tanpa sengaja. Biasalah, bila perempuan sudah bertemu, memang tak ingat dunia. Setelah bertukar-tukar maklumat peribadi, mereka masing-masing menundur diri dan berjanji untuk bertemu lagi.

...........................................................................................................

Di kediaman mereka, Timah dan Ali serentak pulang ke rumah, setelah ‘parking’ kereta masing-masing  dan bertukar senyuman, Timah menunjukkan beg plastik RFC kepada suaminya dengan wajah yang sangat-sangat gembira.

“Aih, gembira semacam jumpa bakal madu? So how?”
Ali menyoal kehairanan dalam masa yang sama ingin tahu .

“Erk?? Bakal madu?”

Timah mengelamun ,sebenarnya dia memang sangat-sangat gembira berjumpa dengan kawan lamanya dan dia juga amat teruja untuk bertemu bakal madunya,akan tetapi, dia terlupa yang kawan baik dia juga merupakan bakal madunya.


“Yup, suka tak? Dah sampai senyum ke telinga mestilah suka kan, siap bawa RFC balik lagi, jom makan, abang pun dah lama tak makan RFC..”

Timah hanya mengiyakan suaminya dan membontoti suaminya masuk ke dalam rumah mereka.

Selesai dari menemani suaminya makan, Timah hanya diam namun akalnya ligat berfikir dan mengimbau kembali perbualan antara dia, Kasih, dan beberapa orang sahabat mereka semasa di bangku sekolah menengah.

………………………………………………………………………………………………


Timah menaip mesej ringkas kepada Kasih.

‘assalam Kasih,jom jumpa, ditempat dan waktu yang sama mcam hari tu, esok.boleh J ?’
Mesej sent.

Tak lama selepas itu, mesej masuk dan Timah segera buka peti mesejnya yang tertulis.

‘ok, insyaallah,jumpa esok ya ^_^’

……………………………………………………………………

“Assalamualaikum, maaf aku buat kau tunggu lagi.” Timah minta maaf dan kesal akan sikapnya.

“Waalaikumsalam,tak da lah, kau datang tepat pada masanya yang saja datang awal tu aku.hehe, jangan risaulah” Kasih menenangkan Timah.

“Eh,jap baru aku perasan kau  baca buku yang sama dengan aku, ‘Dia Yang Kunikahi’ karangan Iqbal Syarie kan?” Timah  teruja dan tak menyangka mereka membaca buku yang sama.

“ Aah, haha,tak sangka betul, aku lagi sikit nak khatam, kau?”

“Hehe, aku ni,,macam la kau tak kenal, pantang je aku buka buku nak baca,mesti tertidur punya lah, bukan aku yang baca buku,buku yang baca aku..buku tu suami aku yang kasi sempena anniversary kami.hehe..” Malu-malu Timah menjelaskan.

“I see, sweetnye kawan aku seorang ni dengan suami dia, weh,aku teringin nak jumpa suami kau..ada baik macam future husband aku tak,hehe?”
 Gurauan Kasih membuatkan Timah terdiam dan serius tiba-tiba.

“Kasih, I have something to tell you, hope you will accept it”

“Aiks,apasal kau ni serius semacam je,pasal apa?”

“This is about your wedding.”

“Ya Allah, aku hampir terlupa yang pertemuan pertama kita tu kan untuk bincang pasal wedding aku kan, dan aku juga terlupa yang kau tu adalah orang yang akan membantu aku, astarghfirullah,punya jauh kita bersembang ye, sampai terlupa tujuan sebenar..ish..ish, patutla kau serius je..hehe,maaf..”

“Kau ingat tak lagi, masa sekolah dulu aku , kau syida dan hana ada bincang pasal poligami.?”

“Hahaha, apa pula tak ingat, memang ingat sangat-sangat, dengan cita-cita pelik kau yang melamar kami semua jadi madu kau..apa lah, tak penah dibuat orang, so,apa kaitan dengan wedding aku?”

“ Ingat tak,yang korang semua tak nak jadi kan, korang kata yang aku ni tak akan hajatkan benda tu kalau dah dewasa nanti.kau ingat tak? Lepas tu,korang semua tak nak jadi madu aku kan..”

“Ingat, semestinya, siapa la yang sanggup bermadu. Tapi kan masa tu kita bergurau senda ja kan. Are you serious about that?”

“Yes,I’’m serious. Korang yang tak serius..”
“So, macam mana dengan  pencarian madu kau? Dah jumpa ka?”

“Alhamdulillah, sudah, dan aku sangat suka dengan dia.”

“Biar betul kau ni, aku ingat kau main-main je masa sekolah dulu..macam mana orangnya?baik ka?kau dah siasat siapa madu kau?”

“Sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, aku yakin 100% dia memang baik ..tapi, ada satu masalah..”

“Perghhh,yakinnya kau dengan dia. Apa masalahnya, ?”

“Masalahnya, dia tak tau lagi yang dia akan dimadukan..”

“Laaaaa, bagi la tahu, dia pun aku yakin mesti suka kalau dapat madu macam kau…hahaha”

“ Amboih,kau ingat senang,,kau pun tak nak bermadu, kau nak kata,orang lain ye..hehe,”

“Tapi,kalau dapat madu macam kau, aku akan pertimbangkan kot.heehe ..”

“Really??” Timah bertanya dengan penuh harapan.

Kasih hanya ketawa dengan pertanyaan sahabatnya, malas nak melayan,tak sangka bualan kosong di bangku sekolah diungkit kembali,memang mencuit hatinya.

“Ok, aku nak tanya kau,kau pernah dengar tak kisah pasal isteri kedua seorang pejuang?”
Timah memulakan sesi mengujinya.

“Rasanya pernah baca kot dalam iluvislam.com,kenapa?”

“Maknanya,kau taulah yang sebenarnya kalau kita menikah dengan pejuang,nak-nak lagi pejuang agama, kita sebenrnya telah dimadukan dengan perjuangan. Kan-kan?”

“Aah,aku ingat dah cerita tu,yang mengenai seorang lelaki ,dia nak lamar seorang mujahidah ni, tapi,yang lelaki tu tanya perempuan tu, sanggup tak nak jadi isteri kedua dia.,perempuan tu pi maki lelaki tu sebab ada hati nak lamar dia untuk jadi bini kedua dia, then,tak lama lepas tu dia lamar perempuan lain guna ayat yang sama, dan perempuan tu terima dengan redha.Lepas tu depa pun menikah, dan tak lama lepas penikahan, si isteri tanya pada si suami pasal isteri pertama, sebab tak pernah nampak batang hidung pun.Rupa-rupanya, isteri pertama dia ialah perjuangan.Hah, macam tu la yang aku ingat. Betul tak?”
Panjang lebar cerita Kasih.

“Ya betul . kau dapat markah penuh.hehe, maknanya,kau sudi tak jadi bini nombor dua?”
Timah menduga lagi.
“Sanggupla,kalau bini yang pertama tu ialah perjuangan,,,hihi,kenapa kau tanya soalan pelik-pelik ni?”

“Sebenarnya, bakal madu aku tu , ada di …”

Timah tak mampu meneruskan kata-katanya,

“Ada di mana?”

“Di……..di…….depan mata akuuuu!!” Kali ni, Timah menekup muka,tak sanggup melihat reaksi temannya.

“What!!! Mana-mana??”

“Aduhai, lambat tangkap pula adik manis depan aku ni..kau la orangnya..kau sudi tak nak jadi bini nombor dua ni?”

“Hahahaha,kau jangan buat main benda ni, aku dah nak bertunang dah nama bakal suami aku…”
Belum sempat  Kasih menghabiskan ayatnya, Timah menyambung.

“ALI B. AZIZ ..”

“Eh, mana kau tahu. Mestilah, aku lupa yang kau kan akan bantu kami untuk perkahwinan ni, mestilah kau kenal  Abang Ali kan?”

“Bukan…bukan, dengar elok-elok, Ali B Aziz ialah suami aku, dan aku dah izinkan dia kahwin lagi satu,tapi aku tak sangka kawan baik aku orangnya…aku gembira sangat.”
Timah mengalirkan air matanya yang telah lama disimpan,air mata yang dia sendiri tidak mahu mana-mana lelaki melihatnya hatta kepada suaminya sendiri,sedaya mungkin disembunyikan dari menangis. Akhirnya, air mata itu tumpah jua dihadapan seorang gadis yang bergelar Kasih Raihan sahabat yang disayanginya fillah.

“ Ya Allah, Tim, kenapa kau tak cakap awal-awal?kalau aku tahu,aku tak nak nikah dengan suami orang.”
 Kasih, juga turut ingin menangis melihat sahabatnya seperti itu, air mata perempuan,apabila dilihat gugurnya air mata,dengan serta merta wanita lain yang melihat turut rasa ingin menangis.

“Boleh tak kau terima? Aku harap sangat-sangat..”
Tangisan Timah, masih bersisa, digagahi dirinya untuk terus mengukir seyum kepada sahabatnya.

“Aku…aku..”

“ Tak pun kau anggaplah aku ni ‘perjuangan’..boleh kan.?.hehehe..”
Timah sempat lagi bergurau., itu memang sifatnya selalu bergurau tak kena tempat.

“Biar aku fikir dulu, lepas aku istikharah., aku bagi tahu jawapan aku pada kau. dulu,
pasal Abang Ali, biar aku yang handle ye.dah-dah jangan sedih..”

“Mana ada aku sedih,ni air mata gembira dan terharu tau., kau tak payah rasa bersalah la..”.
Timah masih nak berselindung.

“Weih,aku balik dulu tau, nanti suami ‘kita’ tercari-cari pulak..hehe, assalamualaikum..”
Timah mengundur diri sambil semppat berseloroh.

“Waalaikumsalam.” Kasih  menjawab salam  lantas  diam seribu bahasa memikirkan lamaran yang tak disangka-sangka.


 ................................................................................................

“Tuk,tukk,tukk!!”. Bunyi ketukan pintu rumah mematikan lamunan Kasih , dia segera berlari anak mendapatkan suaminya yang baru pulang dari rumah mayat malam itu.

“Abang, macam mana dengan jenazah?” Kasih bertanya penuh debaran.

“Alhamdulillah,abang dah uruskan semua, tinggal nak kebumikan je,jangan risau, esok kita ziarah lagi, awak rehat la dulu, mesti penat kan,awak kan tengah bawa budak,nanti kalau apa-apa abang juga yang risau.” Ali menyuruh isterinya berehat, isteri keduanya telah disahkan hamil dengan usia kandungannya mencecah dua bulan.

“Bang, sat, sebelum tu, bagaimana dengan keadaan  anak arwah? Sihat ke? Di mana dia sekarang?”

“ Masih di ICU, doctor nasihatkan untuk bayi tu dapatkan rawatan yang sempurna sebab lahir tak cukup bulan, jadi terpaksa ditinggalkan di sana selama beberapa minggu”

“Moga bayi kecil itu cepat sembuh Ya Allah” Kasih berdoa dalam hati.

“Oh ya, esok abang nak singgah di rumah Tim, nak ikut tak?

“Boleh juga, boleh Kasih tolong apa yang patut.”

Mereka berdua beriringan naik ke bilik untuk berehat kerana kepenatan yang amat sangat. Begitu banyak pekara yang mengejutkan  menimpa keluarga mereka. Di penghujung   malamnya, Kasih sujud bermunajat kepada Yang Maha Mendengar . Kasih berdoa memohon ampunan dan kekuatan dalam menjalani ujian hidup dariNya, dia juga bersungguh-sungguh mendoakan kawan baiknya yang telah kembali ke rahmatullah agar tenang di sana dalam kalangan yang beriman. Kawannya itu disahkan meninggal semalam, selepas dia mendapat berita mengenai kehamilannya. Kegembiraan bercampur dengan kedukaan. Kawannya, meninggal semasa melahirkan sepasang anak kembar lelaki.

‘Ya Allah, Kau berilah hambaMu ini kekuatan dalam meghadapi hari esok dan hai mendatang’.Pintanya.

Keesokannya..

“Abang, Kas dah siap, mari kita jenguk ke rumah Tim”.

“ Jom, hati-hati naik kereta tu.”

Sesampainya di rumah, orang ramai yang terdiri daripada kenalan serta sanak saudara dan jiran tetangga telah pun memenuhi ruangan isi rumah. Sejurus melihat pasangan sejoli itu masuk ke perkarangan rumah,masing-masing mengucapkan salam takziah kepada pasangan tersebut. Semua yang hadir beduka cita atas kematian arwah Fatimah yang amat disegani perawakannya. Semua hadirin maklum dengan perangai Fatimah yang ceria dan suka mengusik kenalannya. Memori bersamanya tidak akan dilupakan.

“ Abang, izinkan Kas masuk bilik abang dan Tim untuk kemas apa yang patut ye.” Kasih meminta izin setelah para hadirin beredar bersama jenazah yang telah siap dikafankan untuk dikebumikan.

“Baiklah, abang pergi kebumikan arwah dulu. Nanti kalau ada apa-apa panggil ja Mak Temah, jiran kami.”

Kasih mengangguk lantas masuk ke kamar utama, dilihatnya masih kemas aturannya serta bau harum wangian yang dipakai Timah masih segar . Dia hanya merapikan sudut bacaan di dalam kamar tersebut. Dibelek-belek satu persatu buku yang terdapat di situ, semunya, pernah disentuh dan dibaca oleh Timah sedang asyik melihat buku-buku tersebut, sekeping sampul surat terjatuh di ribanya. Tertera namanya di lembaran sampul itu ‘Untukmu Kasih..’tanpa berfikir panjang  dia membuka sampul tersebut untuk mengetahui  isinya.


Salam  buatmu Kasih,
Kau kasih buat suamiku, jua sahabatku juga maduku..
(hehe, mesti terkejut kan aku berayat bunga-bungaan bagai)

Okla, aku tak pandai nak bersastera macam kau, so, nak dipendekkan cerita tujuan aku tulis surat kiut miut ni khas untuk kau, aku tau kau akan masuk bilik aku lepas aku dah tak de untuk kemas-kemas kan barang,tapi jangan risau,bilik aku sentiasa kemas kan kan.(bangga jap :p) hehe, sebab tu aku tulis, dan aku rasa aku tak sempat nak kasi surat ni masa aku still hidup, so, aku selitkan kat buku Dia Yang Kunikahi tu. Aku harap kau tak tekejut sangat dengan kewujudan surat ni.

Kasih, sebenarnya, aku tak tahu yang aku dah hamil 3 bulan lebih masa korang menikah, so, aku buat macam biasala,then, bila aku  rasa tak sedap badan aku terus pi jumpa doktor, yela masa tu kan korang dalam mood honeymoon. So,aku tak nak la ganggu gugat korang. Aku putuskan untuk bagitahu lepas fasa honeymoon korang. Semua oang happy dengan berita tu. Tapi, aku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, 2bulan sebelum fasa bersalin aku, aku sakit teruk, aku gagahkan diri jumpa doktor dengan Mak Senah, aku tak nak susahkan korang . Bila jumpa doktor, dia nasihatkan aku untuk gugurkan kandungan tu sebab membayahakan nyawa aku,time tu jugakla semua penyakit nak mai, ish geram betul aku,,, dengan darah tinggila, itula inila..herm,dugaan,bukan senang kot nak mengandung lagi,kecewa aku doktor bagitau lagu tuh.pastu dalam usia kandungan aku yang dekat 7 bulan,kau pun tau kan,mana boleh gugur, kan dah ditiupkan roh masa tu, aku tak nakla bunuh zuriat aku yang aku kandung selama 7bulan, aku tak kira aku tekad nak lahirkan bayi ni. Cuma,aku tak pasti dapat tengok dia melihat dunia yang fana ni atau tak.

JADINYA,

Andai kata hayat aku tak mengizinkan untuk membelai dan menjaga anak ini, aku mohon sangat padamu Kasih agar kau dapat menjaganya seperti anak sendiri, dan jagan lupa kasi nama yang comel dan baik untuk anak aku tau.

(erk,apasal aku rasa surat ni basah, kau nangis eh…sory, sory bukan niat aku nak buat kau nangis, hehe,senyum sikit ^_^)

Kau didiklah anak aku dengan ilmu dunia dan akhirat  dengan baik ye. Nanti harapnya dia boleh hulukan doa buat kita bertiga semasa kita tiada. Ok fine, memang aku yang pergi dulu dai korang sebabnya Allah cayang tat titew..jangan jeles,hihi aku gurau je..

Itu saja celoteh aku buat yang terakhir untuk kau, opss,lupa lagi satu terima kasih kerana menjadi isteri solehah untuk abang Ali.Moga betemu di syurgaNya..

p/s: harap-harap kau jumpala surat ni,kalau kau tak baca,penat je aku karang.. tak pun,nanti kalau Allah izinkan aku masuk dalam mimpi kau suruh kau baca surat ni. =)
tolong doakan aku ye..


Yang Solehah, (perasan lagi ;p)

………………..
Saudaramu Fatimah.





Kasih menangis teresak-esak membaca surat dari Timah, apa yang dipesan cuba untuk dipenuhinya dan dia berjanji akan mendidik dengan baik anak Timah. Disisip kemas surat tersebut di dalam buku diari miliknya, agar sentiasa diingat pesanan itu.

-TAMAT-

Thursday, February 7, 2013

My Poly Game : Part 2



“Kring…Kring…Kring…” Telefon rumah berdering, Timah yang sedang masak di dapur bergegas menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum. Nak cari siapa ya?” Timah menjawab deringan dan menyoal seperti biasa bila menjawab panggilan.

“Waalaikumsalam. Saya Kasih, boleh saya bercakap dengan Puan Fatimah?”

“ Ye, saya bercakap. Ada apa ye Kasih?” Timah teringat kan kawan lamanya yang bernama Kasih Raihan di bangku sekolah dan hanya kawannya yang seorang tu yang bernama Kasih, sungguh unik.

“Puan, macam ni, Encik Ali menyuruh saya untuk bertemu dengan Puan untuk berbincang soal perkahwinan kami dan dia maklumkan pada saya ,Puan adalah orang yang akan banyak membantu kami.”
Timah terkejut mendengar jawapan dari pemanggil telefon tersebut , dia merasa gembira kerana akhirnya dia akan mengenali bakal madunya. Timbul dibenaknya mengapa suaminya tak memaklumkan terlebih dahulu kepadanya. Tak pun memang nak bagi ‘surprise’ padanya? Dia hanya bersangka baik sambil mengelamun.

“Puan..Puan, Puan ok ke?” Kasih bertanya setelah perbualan lama terhenti.

“Oh,ya..ya, maafkan saya. Apa kata kita jumpa? Bila awak ‘free’?”

“ Esok. Apa kata kita bertemu di RFC (Radix Fried Chicken)? Jam 3 petang?” Kasih mencadangkan.

“ Ok. InsyaAllah, jumpa esok ya.” Gagang telefon diletakkan sambil hatinya berbunga riang.
-----------------------------------------------------------------

“Assalamualaikum, Tim abang da balik ni,ada buah kesukaan awak ni hah” Ali menguak pintu kamar tidur mereka, dilihat isterinya sedang lena tidur di sofa sambil buku yang tertutup ke muka isterinya. Geli hatinya melihat sikap isterinya yang sering tertidur dengan buku yang dibacanya.

“Ehhmm, Waalaikumsalam, yeye abang balik bawa pisang ye?” Pantas Timah terjaga apabila mendengar suaminya memberi salam .

“Iyelah,buah kegemaran awak tu,,abang ingat lagi masa awak mengandung dulu, awak sering minta abang belikan pisang. Nasib baik senang nak cari kan, hehe..erkkk..”

Suasana bertukar suram apabila Timah terkenangkan  kandungannya yang gugur dua kali kerana rahimnya tidak cukup kuat  untuk membawa bayi, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“Tim,abang minta maaf Tim, abang tak terniat..’’

“Tak pelah bang,perkara lalu,kita jadikan iktibar,mungkin Tim tak bersedia lagi untuk bergelar seorang ibu, Dia lebih tahu kan bang..” Timah senyum hambar. Diiringkan badannya ke tepi sofa kerana tidak mahu suaminya melihat matanya yang sedang bergenang air mata.


“Abang pergilah mandi dulu, nanti kita makan sama-sama ye, lagi satu ada hal nak tanya abang..”  Timah berbicara memecahkan kesuraman pada malam itu.

“Nak tanya apa? Kalau nak tanya abang dah solat isya’ ke belum..mestilah dah, siap bos abang ajak berjemaah lagi di masjid berhampiran.hehe..” Ali bersuara seperti budak-budak ,ingin menceriakan kembali isterinya,dia tahu memang dia bersalah kerana mengungkit hal lama yang pahit untuk dikenang.
“Haha,apa la abang ni, tak kan saya nak tanya soalan tu, yang pasal solat tu,saya tahu yang abang akan solat fardhu berjamaah lagi di masjid, tak payah tanya dah..” Tim pula yang geli hati.

“ Ok, abang mandi dulu nak bagi wangi supaya dapat ikut sunnah Rasul s.a.w yang suka berwangi-wangian, dapat pahala sunnah kan..kan” Ali mula mencapai tuala, setelah melihat isterinya mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya.



to be continued...

Wednesday, February 6, 2013

My poly game : Part 1


“Acumh..acumch..” Bunyi bersinan kucing yang bernama Meow memecahkan suasana sepi di kediaman pasangan Ali dan Timah. Barangkali dek kerana cuaca yang dingin.
Tidak lama selpas itu bermulalah dialog antara pasangan suami isteri itu yang bakal membuat perubahan besar di alam rumah tangga mereka.

“ Tim, abang ada sesuatu nak bincang ni..” Ali memulakan hasrat dengan cermat.

“ Ermm, ada apa bang? Lauk yang Tim masak tadi terlalu masin ke? Kalau sebab tu minta maaf sangat-sangat bang…” Timah  menjawab selamba.

“Eh,bukan..bukan, lauk-lauk Tim semua sedap belaka…hemphh..fuhhh  ”.  Ali menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

Timah membiarkan suaminya yang dihormati untuk meneruskan bicara sebelum dia menyampuk agar suaminya dapat bercerita dengan tenang.

“Sebenarnya, abang nak nikah satu lagi…!!” Ali menekup gegendang telinganya khuatir isterinya yang baru seorang itu membebel dan memarahinya. Namun, reaksi yang tak disangka-sangka pula yang terjadi.

“Oh, ya ka? Awat tak habaq awai-awai kat ceq?” .sambil tersengih-sengih Tim menjawab dengan loghat Kedah , negeri kelahiran suaminya.

“Tim tak marah?”

“ Dok aih, benda baik nak marah apanya..apa la abang ni..”

Ali makin tak percaya dalam hatinya sangat-sangat bersyukur.

“Sapa calonnya? Dah pi pinang ka?”

“Hamboih, yang awak ni macam tak sabar-sabar pulak saya kahwin lain, ada apa-apa ke ni?” Ali mushkil.

“Idokle bang, Tim tanya je,kalau salah dan mengguris hati abang, Tim minta maaf banyak-banyak..” Timah bertukar ke loghat Perak pula, negeri kelahirannya.

“Calonnya dah ada,belum pi pinang lagi,abang cadang lepaih dapat restu awak dan mahkamah abang akan hantar rombongan. Awak setuju tak? Kalau awak tak setuju tak pa.”

“Setuju ja bang, asalkan perempuan tu solehah macam saya ..hehe, saya bagi ‘green light’ pada abang…lagi satu, kalau abang nak saya yang pi pinangkan pun saya sanggup demi abang. Nak tak? Special offer ni..” sempat lagi Timah perasan .

Ali berfikir sejenak dan mengangguk serta geli hati melihat isterinya yang gemar perasan itu. Namun,jauh di sudut hatinya,dia mengakuinya yang isterinya memang solehah.

“ Sat-sat, sebelum tu,saya kenal dak dengan bakal bini abang tu? Muda dari saya ke? Kerja apa?” Bertubi-tubi soalan ditanya kepada Sang suami. Nampaknya Timah memang beria-ria nak bermadu.

“Hamboih, tak sabar-sabar ye nak bertaa’rufnya. Entahla, abang rasa Tim tak kenal kot, yang lain tu nanti abang akan jawab. Sebelum tu abang nak tanya, kenapa awak ni ‘excited’ semacam ja bila abang minta izin nikah lain? Tak cemburu ke?”

“ Cemburu?? Mestilah bang oi, tapi Tim yakin dengan abang, yang abang tak akan buat sesuatu perkara kalau tak ada sebab yang munasabah, mungkin perempuan abang yang nak nikah tu boleh bagi sumbangan yang baik untuk islam lepaih nikah dengan abang Tim tak kisah, ‘as long as you love me babeh.. lillah’…” Panjang lebar Timah menerangkan dan sempat lagi menyanyikan bait lagu inggeris yang selalu dia terdengar dari jiran sebelah rumahnya yang berbangsa Cina yang sering melagukannya.

“ Jazakillah Tim kerana faham abang, insyaAllah  ‘I love You fillah’ , harap lepaih ni abang dapat berlaku adil pada kalian, tolong doakan abang ya..” Ali mengharap.

“InsyaAllah bang, Tim akan doakan kita semua..Tim bahagia dengan abang dan kalau boleh Tim nak berkongsi kebahagiaan yang Tim rasa.” Timah menjawab dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.


to be continued......

Friday, January 18, 2013

tanpa tajuk

bimillah
allahumma solli a'la sayyidina muhammad

sayang

amat sayang

walau geli menyebut nya

hati ini

memang sayang pada nya

mungkin dia tak sedar

ada yang sayang

tapi ,

aku tak peduli

andai dia tak menyedari

asalkan

dia sedar,

ada Allah..

yang sentiasa menyayangi

dan mengampuni



  1. Pada suatu hari, Uqa'il berasa haus dan setelah puas mencari air di merata tmpt, namun tak ketemui. Maka baginda Rasulullah bkata kpd Uqa'il "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu dan smpi kan salam ku kpd nya serta katakan, jika pd mu ada air, berilah aku minum". Lalu Uqa'il pergi mendaki gunung tersebut dan berkata spt yg disuruh Rasulullah. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dgn fasih...nya, Katakanlah kpd Rasulullah bhw sejak Allah menurunkan ayat (yg bermaksud), "Hai org2 yg beriman, jagalah dirimu serta keluarga mu daripada seksaan api neraka yg umpannya daripada manusia dan batu". "Sejak itu aku menangis krn takut jika aku menjadi batu itu dan tidak ada air lg padaku".
    Renung2kan..Selamat beramal semua..♥♡


    (sekadar gambar hiasan)

    sayang dia lillah, moga masih ada ruang untuknya bertaubat dan bersimpuh padaMu Ya Rabb ..

Tuesday, January 8, 2013

Dakwah is Cinta

bismillahirrahirrahmanirrahim

allahumma solli a'la saiyidina muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wa sallam


surprise~ saya datang lagi, baru seminggu update haritu persaan eager membuak-buak untuk update blog lagi,tiba-tiba rasa rindu. ok, sebelum masuk pada tajuk ni, saya cuma nak habaq sat yang saya masih dalam fasa final exam,disebabkan ade 8hari lagi sebelum menepuhi final paper,saya curi masa yang ada untuk bermain-main di blog saya.alhamdulillah kesempatan Allah anugerahkan kepada saya yang sering ada masa tapi tak bnyak yang dimanfaatkan..

ok, tajuk entry saya petik dari kata-kata seorang kakak senior yang saya hormati dengan pengisian bersama beliau beberapa hari yang lalu.. 'dakwah is cinta'. yeah, that's right. sebab tu dalam berdakwah kita kena lihat mad'u yakni orang yang kita nak dakwah dengan pandangan kasih sayang. bukan dari kaca mata seorang penghukum. INGAT !!, A dai'e is'nt a judger.

lihat gambar di atas ^_^
lame aku tatap gambr atas ni yang keluar di newsfeed aku di fb.ada satu perasaan yang sukar digambar,mungkin,tenang dalam masa yang sama cemburu dalam masa yang sama sayu dan juga bahagia + syukur.so, tergerak hati nak download this nice picture and it has inspired me to write something at here.

a niqabis up there is my friend. dulu,beliau bukan seperti itu maksud saya, beliau baru berhijrah. Ini buktinya, jangan ingat orang yang melakukan kejahilan itu akan jahil selama-lamanya. kalau dilihat pemakainnya dulu dan sekarang jauh berbeza dan sekarang beliau lebih sayangkan masayarakat dengan melakukan street dakwah dengan lebih giat lagi. to me, terus terang tak sekuat dia, Allah jua yang berkuasa memberi die hidayahNYA. dan aku yakin dia lebih baik dari diri aku yang dilihat baik pada pandangan umum.

bukan aku nak kata bila berpurdah tu adalah setinggi-tinggi utk mengukur tahap kebaikan seseorang.tapi, pemakaian melambangkan hati kita. dan dugaan dalam berpudah juga tetap ada,dan aku mengaguminya bukan saja sebab purdahnya.  dan untuk makluman aku tak memakai purdah .

aku tak layak bergelar dai'e , ya, perasaan tu memang ada dan aku percaya bukan aku saja yang rasa tak layak. tapi,sedar atau tidak secara automatiknya kita memang dah jadi seorang dai'e. jadi, persiapkanlah diri dengan ilmu,iman,amal, akhlak yang mantap untuk islam. INGAT, syurga itu kampung akhirat kita semua, bukan kita saja yang mahu ke sana, semua orang nak. jadi, mari kita dengan sepenuh daya menarik diri, ahli keluarga dan sahabat2 ke syurgaNya. dan berdakwah itu flexible dan ada pelbagai cara. yang paling penting kebergantungan kita pada Allah letakkan di tempat tertinggi dan berusaha untuk ikhlaskan setiap amal kita kerana Ilahi.


0OOoohHHHhhooOO00 .. this time my post is a bit serious ..chill~

SALAM MUJAHADAH buat diriku & kalian ..