Thursday, February 7, 2013

My Poly Game : Part 2



“Kring…Kring…Kring…” Telefon rumah berdering, Timah yang sedang masak di dapur bergegas menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum. Nak cari siapa ya?” Timah menjawab deringan dan menyoal seperti biasa bila menjawab panggilan.

“Waalaikumsalam. Saya Kasih, boleh saya bercakap dengan Puan Fatimah?”

“ Ye, saya bercakap. Ada apa ye Kasih?” Timah teringat kan kawan lamanya yang bernama Kasih Raihan di bangku sekolah dan hanya kawannya yang seorang tu yang bernama Kasih, sungguh unik.

“Puan, macam ni, Encik Ali menyuruh saya untuk bertemu dengan Puan untuk berbincang soal perkahwinan kami dan dia maklumkan pada saya ,Puan adalah orang yang akan banyak membantu kami.”
Timah terkejut mendengar jawapan dari pemanggil telefon tersebut , dia merasa gembira kerana akhirnya dia akan mengenali bakal madunya. Timbul dibenaknya mengapa suaminya tak memaklumkan terlebih dahulu kepadanya. Tak pun memang nak bagi ‘surprise’ padanya? Dia hanya bersangka baik sambil mengelamun.

“Puan..Puan, Puan ok ke?” Kasih bertanya setelah perbualan lama terhenti.

“Oh,ya..ya, maafkan saya. Apa kata kita jumpa? Bila awak ‘free’?”

“ Esok. Apa kata kita bertemu di RFC (Radix Fried Chicken)? Jam 3 petang?” Kasih mencadangkan.

“ Ok. InsyaAllah, jumpa esok ya.” Gagang telefon diletakkan sambil hatinya berbunga riang.
-----------------------------------------------------------------

“Assalamualaikum, Tim abang da balik ni,ada buah kesukaan awak ni hah” Ali menguak pintu kamar tidur mereka, dilihat isterinya sedang lena tidur di sofa sambil buku yang tertutup ke muka isterinya. Geli hatinya melihat sikap isterinya yang sering tertidur dengan buku yang dibacanya.

“Ehhmm, Waalaikumsalam, yeye abang balik bawa pisang ye?” Pantas Timah terjaga apabila mendengar suaminya memberi salam .

“Iyelah,buah kegemaran awak tu,,abang ingat lagi masa awak mengandung dulu, awak sering minta abang belikan pisang. Nasib baik senang nak cari kan, hehe..erkkk..”

Suasana bertukar suram apabila Timah terkenangkan  kandungannya yang gugur dua kali kerana rahimnya tidak cukup kuat  untuk membawa bayi, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“Tim,abang minta maaf Tim, abang tak terniat..’’

“Tak pelah bang,perkara lalu,kita jadikan iktibar,mungkin Tim tak bersedia lagi untuk bergelar seorang ibu, Dia lebih tahu kan bang..” Timah senyum hambar. Diiringkan badannya ke tepi sofa kerana tidak mahu suaminya melihat matanya yang sedang bergenang air mata.


“Abang pergilah mandi dulu, nanti kita makan sama-sama ye, lagi satu ada hal nak tanya abang..”  Timah berbicara memecahkan kesuraman pada malam itu.

“Nak tanya apa? Kalau nak tanya abang dah solat isya’ ke belum..mestilah dah, siap bos abang ajak berjemaah lagi di masjid berhampiran.hehe..” Ali bersuara seperti budak-budak ,ingin menceriakan kembali isterinya,dia tahu memang dia bersalah kerana mengungkit hal lama yang pahit untuk dikenang.
“Haha,apa la abang ni, tak kan saya nak tanya soalan tu, yang pasal solat tu,saya tahu yang abang akan solat fardhu berjamaah lagi di masjid, tak payah tanya dah..” Tim pula yang geli hati.

“ Ok, abang mandi dulu nak bagi wangi supaya dapat ikut sunnah Rasul s.a.w yang suka berwangi-wangian, dapat pahala sunnah kan..kan” Ali mula mencapai tuala, setelah melihat isterinya mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya.



to be continued...

No comments:

Post a Comment