Wednesday, February 6, 2013

My poly game : Part 1


“Acumh..acumch..” Bunyi bersinan kucing yang bernama Meow memecahkan suasana sepi di kediaman pasangan Ali dan Timah. Barangkali dek kerana cuaca yang dingin.
Tidak lama selpas itu bermulalah dialog antara pasangan suami isteri itu yang bakal membuat perubahan besar di alam rumah tangga mereka.

“ Tim, abang ada sesuatu nak bincang ni..” Ali memulakan hasrat dengan cermat.

“ Ermm, ada apa bang? Lauk yang Tim masak tadi terlalu masin ke? Kalau sebab tu minta maaf sangat-sangat bang…” Timah  menjawab selamba.

“Eh,bukan..bukan, lauk-lauk Tim semua sedap belaka…hemphh..fuhhh  ”.  Ali menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

Timah membiarkan suaminya yang dihormati untuk meneruskan bicara sebelum dia menyampuk agar suaminya dapat bercerita dengan tenang.

“Sebenarnya, abang nak nikah satu lagi…!!” Ali menekup gegendang telinganya khuatir isterinya yang baru seorang itu membebel dan memarahinya. Namun, reaksi yang tak disangka-sangka pula yang terjadi.

“Oh, ya ka? Awat tak habaq awai-awai kat ceq?” .sambil tersengih-sengih Tim menjawab dengan loghat Kedah , negeri kelahiran suaminya.

“Tim tak marah?”

“ Dok aih, benda baik nak marah apanya..apa la abang ni..”

Ali makin tak percaya dalam hatinya sangat-sangat bersyukur.

“Sapa calonnya? Dah pi pinang ka?”

“Hamboih, yang awak ni macam tak sabar-sabar pulak saya kahwin lain, ada apa-apa ke ni?” Ali mushkil.

“Idokle bang, Tim tanya je,kalau salah dan mengguris hati abang, Tim minta maaf banyak-banyak..” Timah bertukar ke loghat Perak pula, negeri kelahirannya.

“Calonnya dah ada,belum pi pinang lagi,abang cadang lepaih dapat restu awak dan mahkamah abang akan hantar rombongan. Awak setuju tak? Kalau awak tak setuju tak pa.”

“Setuju ja bang, asalkan perempuan tu solehah macam saya ..hehe, saya bagi ‘green light’ pada abang…lagi satu, kalau abang nak saya yang pi pinangkan pun saya sanggup demi abang. Nak tak? Special offer ni..” sempat lagi Timah perasan .

Ali berfikir sejenak dan mengangguk serta geli hati melihat isterinya yang gemar perasan itu. Namun,jauh di sudut hatinya,dia mengakuinya yang isterinya memang solehah.

“ Sat-sat, sebelum tu,saya kenal dak dengan bakal bini abang tu? Muda dari saya ke? Kerja apa?” Bertubi-tubi soalan ditanya kepada Sang suami. Nampaknya Timah memang beria-ria nak bermadu.

“Hamboih, tak sabar-sabar ye nak bertaa’rufnya. Entahla, abang rasa Tim tak kenal kot, yang lain tu nanti abang akan jawab. Sebelum tu abang nak tanya, kenapa awak ni ‘excited’ semacam ja bila abang minta izin nikah lain? Tak cemburu ke?”

“ Cemburu?? Mestilah bang oi, tapi Tim yakin dengan abang, yang abang tak akan buat sesuatu perkara kalau tak ada sebab yang munasabah, mungkin perempuan abang yang nak nikah tu boleh bagi sumbangan yang baik untuk islam lepaih nikah dengan abang Tim tak kisah, ‘as long as you love me babeh.. lillah’…” Panjang lebar Timah menerangkan dan sempat lagi menyanyikan bait lagu inggeris yang selalu dia terdengar dari jiran sebelah rumahnya yang berbangsa Cina yang sering melagukannya.

“ Jazakillah Tim kerana faham abang, insyaAllah  ‘I love You fillah’ , harap lepaih ni abang dapat berlaku adil pada kalian, tolong doakan abang ya..” Ali mengharap.

“InsyaAllah bang, Tim akan doakan kita semua..Tim bahagia dengan abang dan kalau boleh Tim nak berkongsi kebahagiaan yang Tim rasa.” Timah menjawab dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.


to be continued......

No comments:

Post a Comment