Saturday, March 23, 2013
What did I do Today?
bismillahirahmanirrahim
allahumma solli a'la saiyidina muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wasallam
alhamdulillah, Dia masih sudi menghembuskan sentuhan kasih di hati kerdil ini.
tajuk entri melambangkan persoalan 'apa yang aku telah buat pada hari ini?' tapi, ingin aku kupas
kepada skop yang lebih luas, iaitu 'apa yang telah aku buat selama ini?'
alhamdulillah, aku berkesempatan merasai pengalaman bekerja bersama 'orang hebat' selama
3 minggu berturut-turut.banyak yang aku peroleh secara tak langsung bilamana bekerja
bersama-sama..
ini membuatkan aku terfikir, apa yang telah aku lakukan dan perbuat selama ini dengan masa yang ada serta
ruang yang Allah berikan. sungguh, banyak aku terleka dengan nikmat masa.
teringat kata-kata seorang pentazkirah yang sangat terkenal dengan buku beliau 'Kepemimpinan Al Fateh'
''al fateh pada umur 21 tahun berjaya menakluki kota kostantinopel!!"
"kita bagaimana? dalam umur yang sebaya dengan beliau, apa yang telah kita buat untuk islam?''
''adakah sebuk berfacebook? ''
''tolonglah korbankan masa berfacebook, tolonglah berpuasa dari facebook, ni bila online ja, mesti facebook yang dilayari dulu.. cuba mula-mula online layari web-web bermanfaat seperti malaysiakini, palestinekini, BBCarabic, etc''
ya, memang benar, aku ni asyik nak berfacebook ja, tak salah tapi bila disalahguna, itu yang menjadi
kesalahan termasuklah salah dalam menggunakan nikmat masa.
berbalik kepada tajuk, pengalaman bersama senior-senior yang hebat, menjadi pendorong untuk aku
merubah cara dan gaya pemikiranku selama ini yang amat memandang remeh akan banyak perkara,
aku ingin berubah menjadi seorang yang benar-benar cintakan ilmu , rajin membaca, berfikiran kritis, rendah
diri, ringan tulang, pemurah dan beramal dengan ilmu yang diberikan bukan 'exam oriented' semoga Allah
redho dengan usahaku sebagai khalifah dan hambaNya dalam memartabatkan islam dan taqarrub ila allah.
amin. moga kita semua mendapat tempat di sana.
akhir kalam., kuhadiahkan kalian lagu ini
http://www.youtube.com/watch?v=MRLDqkbU0qw
allahumma solli a'la saiyidina muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wasallam
alhamdulillah, Dia masih sudi menghembuskan sentuhan kasih di hati kerdil ini.
tajuk entri melambangkan persoalan 'apa yang aku telah buat pada hari ini?' tapi, ingin aku kupas
kepada skop yang lebih luas, iaitu 'apa yang telah aku buat selama ini?'
alhamdulillah, aku berkesempatan merasai pengalaman bekerja bersama 'orang hebat' selama
3 minggu berturut-turut.banyak yang aku peroleh secara tak langsung bilamana bekerja
bersama-sama..
ini membuatkan aku terfikir, apa yang telah aku lakukan dan perbuat selama ini dengan masa yang ada serta
ruang yang Allah berikan. sungguh, banyak aku terleka dengan nikmat masa.
teringat kata-kata seorang pentazkirah yang sangat terkenal dengan buku beliau 'Kepemimpinan Al Fateh'
''al fateh pada umur 21 tahun berjaya menakluki kota kostantinopel!!"
"kita bagaimana? dalam umur yang sebaya dengan beliau, apa yang telah kita buat untuk islam?''
''adakah sebuk berfacebook? ''
''tolonglah korbankan masa berfacebook, tolonglah berpuasa dari facebook, ni bila online ja, mesti facebook yang dilayari dulu.. cuba mula-mula online layari web-web bermanfaat seperti malaysiakini, palestinekini, BBCarabic, etc''
ya, memang benar, aku ni asyik nak berfacebook ja, tak salah tapi bila disalahguna, itu yang menjadi
kesalahan termasuklah salah dalam menggunakan nikmat masa.
berbalik kepada tajuk, pengalaman bersama senior-senior yang hebat, menjadi pendorong untuk aku
merubah cara dan gaya pemikiranku selama ini yang amat memandang remeh akan banyak perkara,
aku ingin berubah menjadi seorang yang benar-benar cintakan ilmu , rajin membaca, berfikiran kritis, rendah
diri, ringan tulang, pemurah dan beramal dengan ilmu yang diberikan bukan 'exam oriented' semoga Allah
redho dengan usahaku sebagai khalifah dan hambaNya dalam memartabatkan islam dan taqarrub ila allah.
amin. moga kita semua mendapat tempat di sana.
akhir kalam., kuhadiahkan kalian lagu ini
http://www.youtube.com/watch?v=MRLDqkbU0qw
Wednesday, March 13, 2013
penatnya!
bismillah wa sollu a'lan nabi muhammad s.a.w
alhamdulillah, penat,penat dan penat...
hanya satu perkataan tapi, berat terasa..
sem 2 ni memang dipenuhi dengan subjek-subjek yang lebih mencabar, best oo..
insyaallah 4flat. semua benda mencabar, kelas pon sem 2 ni mostly dapat jam 8pagi, bersyukur sangat
kelas berturut-turut jam 8, jadi tidur pun awal, suka sangat,tidur awal,dapat bangun awal,
pastu tak tidur pagi,sebab ada kelas.
hari minggu pun sama,alhamdulillah semenjak masuk sem 2, ada ja aktiviti yang join,so,tak da buang masa
sangat macam sem 1 dulu,suka sangat-sangat lifestyle macam ni..
yang paling best bila balik lewat malam, nak online ja, tak boleh sebab internet slow bangat,jadinya tak da
macam dulu,boleh online sampai 2/3 pagi -qiam juga tu..tapi,qiam jahiliyyah la masa tu,,
sekrang ni,dapat online pon lepas subuh, tak dalah tidur pagi lepas solat,pas online beberapa minit kene siap
pi kuliah,so tak delah online lama - lama.
tu je, nak share, best kan kalau kita dapat MANFAATkan segala pemberian Allah untuk agama islam ^_^
akhir kalam ''jangan biarkan hari-harimu berlalu tanpa memikirkan islam sedikit pun''
dipetik dari kata-kata Allahyarham Ust Fadzil Nor
alhamdulillah, penat,penat dan penat...
hanya satu perkataan tapi, berat terasa..
sem 2 ni memang dipenuhi dengan subjek-subjek yang lebih mencabar, best oo..
insyaallah 4flat. semua benda mencabar, kelas pon sem 2 ni mostly dapat jam 8pagi, bersyukur sangat
kelas berturut-turut jam 8, jadi tidur pun awal, suka sangat,tidur awal,dapat bangun awal,
pastu tak tidur pagi,sebab ada kelas.
hari minggu pun sama,alhamdulillah semenjak masuk sem 2, ada ja aktiviti yang join,so,tak da buang masa
sangat macam sem 1 dulu,suka sangat-sangat lifestyle macam ni..
yang paling best bila balik lewat malam, nak online ja, tak boleh sebab internet slow bangat,jadinya tak da
macam dulu,boleh online sampai 2/3 pagi -qiam juga tu..tapi,qiam jahiliyyah la masa tu,,
sekrang ni,dapat online pon lepas subuh, tak dalah tidur pagi lepas solat,pas online beberapa minit kene siap
pi kuliah,so tak delah online lama - lama.
tu je, nak share, best kan kalau kita dapat MANFAATkan segala pemberian Allah untuk agama islam ^_^
akhir kalam ''jangan biarkan hari-harimu berlalu tanpa memikirkan islam sedikit pun''
dipetik dari kata-kata Allahyarham Ust Fadzil Nor
Saturday, February 16, 2013
sifat kelesuan
bismillah wa sollu a' lan nabi muhammad s.a.w
Kenpa kita lemah,lesu, tidak rajin dan malas? Antara sebabnya ialah:
Seorang yang berhutang masuk ke dalam masjid dalam keadaan muram. Kemudian Baginda SAW menemuinya dan bertanya. Lantas beliau menjawab: Ya Rasullullah, saya dikuasai oleh hutang yang banyak. Lantas baginda bersabda : Adakah kamu ingin aku ajarkan doa agar kamu selamat daripada hutang. Kemudian, Nabi membaca doa ini:
Maksudnya:
''Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu daripada rasa penakut dan kikir, aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan.''- Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad (3/113), al-Bukhari dalam Sahih (2823), Muslim dan Sahih(2706), Abu Daud dalam al-Sunan (2/189) dan al-Nasaie(4/649)
Akhirnya beliau selamat daripada hutang dan begitu rajin dalam melaksanakan ibadat serta ceria dalam kehidupan.
mutiara hikmah:
pujangga berkata: ''kelemahan orang yang pintar,apabila dia mengetahui dirinya pintar,kelemahan orang yang bodoh,apabila dia tidak mengetahui dirinya bodoh.''
*sumber daripada: WASIAT UNTUK ANAKKU karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kenpa kita lemah,lesu, tidak rajin dan malas? Antara sebabnya ialah:
- Kita tiada matlamat yang jelas
- Tidak tahu natijah akibat rajin dan malas
- Sebuk dengan keseronokan sesuatu seperti cerita di televisyen,facebook, dan lain-lain
- Terasa sudah mewah tanpa bersusah payah lagi mendapatkan sesuatu
- Rakan taulan kita juga sama seperti kita
- Akal dan fikiran kita banyak terarah kepada keseronokan dunia yang sementara
- Fokus pada matlamat 'Aku ingin cemerlang dan terbaik'
- Buang sikap bertangguh dan nanti dulu
- Yakin boleh berubah
- Mujahadah nafsu dari sifat malas
- Pilih rakan yang baik dan terbaik disamping berakhlak mulia
- Jangan membazirkan masa dengan banyak menonton tv dan bermain fb
Seorang yang berhutang masuk ke dalam masjid dalam keadaan muram. Kemudian Baginda SAW menemuinya dan bertanya. Lantas beliau menjawab: Ya Rasullullah, saya dikuasai oleh hutang yang banyak. Lantas baginda bersabda : Adakah kamu ingin aku ajarkan doa agar kamu selamat daripada hutang. Kemudian, Nabi membaca doa ini:
Maksudnya:
''Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu daripada rasa penakut dan kikir, aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan.''- Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad (3/113), al-Bukhari dalam Sahih (2823), Muslim dan Sahih(2706), Abu Daud dalam al-Sunan (2/189) dan al-Nasaie(4/649)
Akhirnya beliau selamat daripada hutang dan begitu rajin dalam melaksanakan ibadat serta ceria dalam kehidupan.
mutiara hikmah:
pujangga berkata: ''kelemahan orang yang pintar,apabila dia mengetahui dirinya pintar,kelemahan orang yang bodoh,apabila dia tidak mengetahui dirinya bodoh.''
*sumber daripada: WASIAT UNTUK ANAKKU karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Friday, February 8, 2013
My Poly Game : Ending
Tepat jam 3 petang,Timah tiba betul-betul dihadapan kedai
RFC di dalam sebuah pusat beli belah terkemuka tanah air. Di cari-cari kelibat gadis
bertudung berwarna ungu muda dan
akhirnya anak matanya terhenti pada sebatang tubuh yang berjubah hitam
bertudung labuh ungu muda .Hatinya yakin yang gadis tersebut adalah Kasih iaitu
bakal madunya. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis yang sedang khusuk membaca
novel.
“Assalamualaikum. Awak Kasih? Maaf saya buat awak tertunggu”
Timah mula bicara.
“Waalaikum…….”
Kasih mengangguk dan memalingkan muka ke arah Timah. Belum
sempat dia menghabiskan untuk menjawab salam.. kedua-dua mereka serentak terkejut dan separuh menjerit menyebut nama
kawan masing-masing.
“Eh, kau ke Puan Fatimah tu?” Kasih menyoal teruja.
“Aah. .. and .. ‘you are the luckiest girl’? amboih,
amboih,,kot ye pun, jawab le salam aku tu habis dulu”
Mereka salam dan berpelukan mesra.
“Waalaikumsalam Puan Fatimah, aku tak sangka akan jumpa kau
kat sini, kita dah lama ‘lost contact’ kan,
yang kau ni, dah nikah pun aku tak tau..” Kasih mengomel sambil mencuit lengan
kawan lamanya.
“Ewah,ewah..kau tu yang tiba-tiba pindah tak habaq kat aku
pun, aku bagi je kad undangan nikah kat rumah kau, tapi yang alamat lama
la,yang alamat baru tuan badan tak bagi tahu…” Timah menjuihkan bibir seakan
merajuk.
“ Hehe, ‘sorry’ la kawan..hari tu ‘parents’ aku kelam kabut
nak pindah ‘last minute’ ,kau faham-faham jela, dulu mana ada, facebook,twitter
bagai, nombor kau dan semua ‘member’ yang lain, aku tertinggal buku telefon
rumah korang, so tak sempat dan kelam kabut sangat ,maaf ye..aku belanja
kau,hari ni, ok?”
“ Tau pun kau. Ok, cantekk..”
Mereka berbual dan berkongsi pengalaman dan cerita
masing-masing yang dipenuhi dengan berbagai berita yang mencuit hati mengenai
rakan-rakan, ada berita yang
,menyedihkan dan mengejutkan. Hampir 2 jam bercerita ,
tujuan asal untuk bertemu dilupakan tanpa sengaja. Biasalah, bila perempuan
sudah bertemu, memang tak ingat dunia. Setelah bertukar-tukar maklumat
peribadi, mereka masing-masing menundur diri dan berjanji untuk bertemu lagi.
...........................................................................................................
Di kediaman mereka, Timah dan Ali serentak pulang ke rumah,
setelah ‘parking’ kereta masing-masing dan bertukar senyuman, Timah menunjukkan beg
plastik RFC kepada suaminya dengan wajah yang sangat-sangat gembira.
“Aih, gembira semacam jumpa bakal madu? So how?”
Ali menyoal kehairanan dalam masa yang sama ingin tahu .
“Erk?? Bakal madu?”
Timah mengelamun ,sebenarnya dia memang sangat-sangat
gembira berjumpa dengan kawan lamanya dan dia juga amat teruja untuk bertemu
bakal madunya,akan tetapi, dia terlupa yang kawan baik dia juga merupakan bakal
madunya.
“Yup, suka tak? Dah sampai senyum ke telinga mestilah suka kan, siap bawa RFC balik
lagi, jom makan, abang pun dah lama tak makan RFC..”
Timah hanya mengiyakan suaminya dan membontoti suaminya
masuk ke dalam rumah mereka.
Selesai dari menemani suaminya makan, Timah hanya diam namun
akalnya ligat berfikir dan mengimbau kembali perbualan antara dia, Kasih, dan
beberapa orang sahabat mereka semasa di bangku sekolah menengah.
………………………………………………………………………………………………
Timah menaip mesej ringkas kepada Kasih.
‘assalam Kasih,jom jumpa, ditempat dan waktu yang sama mcam
hari tu, esok.boleh J ?’
Mesej sent.
Tak lama selepas itu, mesej masuk dan Timah segera buka peti
mesejnya yang tertulis.
‘ok, insyaallah,jumpa esok ya ^_^’
……………………………………………………………………
“Assalamualaikum, maaf aku buat kau tunggu lagi.” Timah
minta maaf dan kesal akan sikapnya.
“Waalaikumsalam,tak da lah, kau datang tepat pada masanya
yang saja datang awal tu aku.hehe, jangan risaulah” Kasih menenangkan Timah.
“Eh,jap baru aku perasan kau
baca buku yang sama dengan aku, ‘Dia Yang Kunikahi’ karangan Iqbal
Syarie kan?”
Timah teruja dan tak menyangka mereka
membaca buku yang sama.
“ Aah, haha,tak sangka betul, aku lagi sikit nak khatam,
kau?”
“Hehe, aku ni,,macam la kau tak kenal, pantang je aku buka
buku nak baca,mesti tertidur punya lah, bukan aku yang baca buku,buku yang baca
aku..buku tu suami aku yang kasi sempena anniversary kami.hehe..” Malu-malu
Timah menjelaskan.
“I see, sweetnye kawan aku seorang ni dengan suami dia,
weh,aku teringin nak jumpa suami kau..ada baik macam future husband aku
tak,hehe?”
Gurauan Kasih
membuatkan Timah terdiam dan serius tiba-tiba.
“Kasih, I have something to tell you, hope you will accept
it”
“Aiks,apasal kau ni serius semacam je,pasal apa?”
“This is about your wedding.”
“Ya Allah, aku hampir terlupa yang pertemuan pertama kita tu
kan untuk bincang pasal wedding aku kan, dan aku juga
terlupa yang kau tu adalah orang yang akan membantu aku, astarghfirullah,punya
jauh kita bersembang ye, sampai terlupa tujuan sebenar..ish..ish, patutla kau
serius je..hehe,maaf..”
“Kau ingat tak lagi, masa sekolah dulu aku , kau syida dan
hana ada bincang pasal poligami.?”
“Hahaha, apa pula tak ingat, memang ingat sangat-sangat,
dengan cita-cita pelik kau yang melamar kami semua jadi madu kau..apa lah, tak
penah dibuat orang, so,apa kaitan dengan wedding aku?”
“ Ingat tak,yang korang semua tak nak jadi kan, korang kata yang aku ni tak akan
hajatkan benda tu kalau dah dewasa nanti.kau ingat tak? Lepas tu,korang semua
tak nak jadi madu aku kan..”
“Ingat, semestinya, siapa la yang sanggup bermadu. Tapi kan masa tu kita bergurau senda ja kan. Are you serious about that?”
“Yes,I’’m serious. Korang yang tak serius..”
“So, macam mana dengan pencarian madu kau? Dah jumpa ka?”
“Alhamdulillah, sudah, dan aku sangat suka dengan dia.”
“Biar betul kau ni, aku ingat kau main-main je masa sekolah
dulu..macam mana orangnya?baik ka?kau dah siasat siapa madu kau?”
“Sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, aku yakin 100% dia memang baik
..tapi, ada satu masalah..”
“Perghhh,yakinnya kau dengan dia. Apa masalahnya, ?”
“Masalahnya, dia tak tau lagi yang dia akan dimadukan..”
“Laaaaa, bagi la tahu, dia pun aku yakin mesti suka kalau
dapat madu macam kau…hahaha”
“ Amboih,kau ingat senang,,kau pun tak nak bermadu, kau nak
kata,orang lain ye..hehe,”
“Tapi,kalau dapat madu macam kau, aku akan pertimbangkan
kot.heehe ..”
“Really??” Timah bertanya dengan penuh harapan.
Kasih hanya ketawa dengan pertanyaan sahabatnya, malas nak
melayan,tak sangka bualan kosong di bangku sekolah diungkit kembali,memang
mencuit hatinya.
“Ok, aku nak tanya kau,kau pernah dengar tak kisah pasal
isteri kedua seorang pejuang?”
Timah memulakan sesi mengujinya.
“Rasanya pernah baca kot dalam iluvislam.com,kenapa?”
“Maknanya,kau taulah yang sebenarnya kalau kita menikah
dengan pejuang,nak-nak lagi pejuang agama, kita sebenrnya telah dimadukan
dengan perjuangan. Kan-kan?”
“Aah,aku ingat dah cerita tu,yang mengenai seorang lelaki
,dia nak lamar seorang mujahidah ni, tapi,yang lelaki tu tanya perempuan tu,
sanggup tak nak jadi isteri kedua dia.,perempuan tu pi maki lelaki tu sebab ada
hati nak lamar dia untuk jadi bini kedua dia, then,tak lama lepas tu dia lamar
perempuan lain guna ayat yang sama, dan perempuan tu terima dengan redha.Lepas
tu depa pun menikah, dan tak lama lepas penikahan, si isteri tanya pada si
suami pasal isteri pertama, sebab tak pernah nampak batang hidung
pun.Rupa-rupanya, isteri pertama dia ialah perjuangan.Hah, macam tu la yang aku
ingat. Betul tak?”
Panjang lebar cerita Kasih.
“Ya betul . kau dapat markah penuh.hehe, maknanya,kau sudi
tak jadi bini nombor dua?”
Timah menduga lagi.
“Sanggupla,kalau bini yang pertama tu ialah
perjuangan,,,hihi,kenapa kau tanya soalan pelik-pelik ni?”
“Sebenarnya, bakal madu aku tu , ada di …”
Timah tak mampu meneruskan kata-katanya,
“Ada
di mana?”
“Di……..di…….depan mata akuuuu!!” Kali ni, Timah menekup
muka,tak sanggup melihat reaksi temannya.
“What!!! Mana-mana??”
“Aduhai, lambat tangkap pula adik manis depan aku ni..kau la
orangnya..kau sudi tak nak jadi bini nombor dua ni?”
“Hahahaha,kau jangan buat main benda ni, aku dah nak
bertunang dah nama bakal suami aku…”
Belum sempat Kasih
menghabiskan ayatnya, Timah menyambung.
“ALI B. AZIZ ..”
“Eh, mana kau tahu. Mestilah, aku lupa yang kau kan akan bantu kami untuk perkahwinan ni, mestilah kau
kenal Abang Ali kan?”
“Bukan…bukan, dengar elok-elok, Ali B Aziz ialah suami aku,
dan aku dah izinkan dia kahwin lagi satu,tapi aku tak sangka kawan baik aku
orangnya…aku gembira sangat.”
Timah mengalirkan air matanya yang telah lama disimpan,air
mata yang dia sendiri tidak mahu mana-mana lelaki melihatnya hatta kepada
suaminya sendiri,sedaya mungkin disembunyikan dari menangis. Akhirnya, air mata
itu tumpah jua dihadapan seorang gadis yang bergelar Kasih Raihan sahabat yang
disayanginya fillah.
“ Ya Allah, Tim, kenapa kau tak cakap awal-awal?kalau aku
tahu,aku tak nak nikah dengan suami orang.”
Kasih, juga turut
ingin menangis melihat sahabatnya seperti itu, air mata perempuan,apabila
dilihat gugurnya air mata,dengan serta merta wanita lain yang melihat turut
rasa ingin menangis.
“Boleh tak kau terima? Aku harap sangat-sangat..”
Tangisan Timah, masih bersisa, digagahi dirinya untuk terus
mengukir seyum kepada sahabatnya.
“Aku…aku..”
“ Tak pun kau anggaplah aku ni ‘perjuangan’..boleh kan.?.hehehe..”
Timah sempat lagi bergurau., itu memang sifatnya selalu
bergurau tak kena tempat.
“Biar aku fikir dulu, lepas aku istikharah., aku bagi tahu
jawapan aku pada kau. dulu,
pasal Abang Ali, biar aku yang handle ye.dah-dah jangan
sedih..”
“Mana ada aku sedih,ni air mata gembira dan terharu tau.,
kau tak payah rasa bersalah la..”.
Timah masih nak berselindung.
“Weih,aku balik dulu tau, nanti suami ‘kita’ tercari-cari
pulak..hehe, assalamualaikum..”
Timah mengundur diri sambil semppat berseloroh.
“Waalaikumsalam.” Kasih
menjawab salam lantas diam seribu bahasa memikirkan lamaran yang
tak disangka-sangka.
................................................................................................
“Tuk,tukk,tukk!!”. Bunyi ketukan pintu rumah mematikan
lamunan Kasih , dia segera berlari anak mendapatkan suaminya yang baru pulang
dari rumah mayat malam itu.
“Abang, macam mana dengan jenazah?” Kasih bertanya penuh
debaran.
“Alhamdulillah,abang dah uruskan semua, tinggal nak
kebumikan je,jangan risau, esok kita ziarah lagi, awak rehat la dulu, mesti
penat kan,awak kan tengah bawa budak,nanti kalau apa-apa
abang juga yang risau.” Ali menyuruh isterinya berehat, isteri keduanya telah
disahkan hamil dengan usia kandungannya mencecah dua bulan.
“Bang, sat, sebelum tu, bagaimana dengan keadaan anak arwah? Sihat ke? Di mana dia sekarang?”
“ Masih di ICU, doctor nasihatkan untuk bayi tu dapatkan
rawatan yang sempurna sebab lahir tak cukup bulan, jadi terpaksa ditinggalkan
di sana selama
beberapa minggu”
“Moga bayi kecil itu cepat sembuh Ya Allah” Kasih berdoa
dalam hati.
“Oh ya, esok abang nak singgah di rumah Tim, nak ikut tak?
“Boleh juga, boleh Kasih tolong apa yang patut.”
Mereka berdua beriringan naik ke bilik untuk berehat kerana
kepenatan yang amat sangat. Begitu banyak pekara yang mengejutkan menimpa keluarga mereka. Di penghujung malamnya, Kasih sujud bermunajat kepada Yang
Maha Mendengar . Kasih berdoa memohon ampunan dan kekuatan dalam menjalani
ujian hidup dariNya, dia juga bersungguh-sungguh mendoakan kawan baiknya yang
telah kembali ke rahmatullah agar tenang di sana dalam kalangan yang beriman. Kawannya
itu disahkan meninggal semalam, selepas dia mendapat berita mengenai
kehamilannya. Kegembiraan bercampur dengan kedukaan. Kawannya, meninggal semasa
melahirkan sepasang anak kembar lelaki.
‘Ya Allah, Kau berilah hambaMu ini kekuatan dalam meghadapi
hari esok dan hai mendatang’.Pintanya.
Keesokannya..
“Abang, Kas dah siap, mari kita jenguk ke rumah Tim”.
“ Jom, hati-hati naik kereta tu.”
Sesampainya di rumah, orang ramai yang terdiri daripada
kenalan serta sanak saudara dan jiran tetangga telah pun memenuhi ruangan isi
rumah. Sejurus melihat pasangan sejoli itu masuk ke perkarangan
rumah,masing-masing mengucapkan salam takziah kepada pasangan tersebut. Semua
yang hadir beduka cita atas kematian arwah Fatimah yang amat disegani
perawakannya. Semua hadirin maklum dengan perangai Fatimah yang ceria dan suka
mengusik kenalannya. Memori bersamanya tidak akan dilupakan.
“ Abang, izinkan Kas masuk bilik abang dan Tim untuk kemas
apa yang patut ye.” Kasih meminta izin setelah para hadirin beredar bersama
jenazah yang telah siap dikafankan untuk dikebumikan.
“Baiklah, abang pergi kebumikan arwah dulu. Nanti kalau ada
apa-apa panggil ja Mak Temah, jiran kami.”
Kasih mengangguk lantas masuk ke kamar utama, dilihatnya
masih kemas aturannya serta bau harum wangian yang dipakai Timah masih segar .
Dia hanya merapikan sudut bacaan di dalam kamar tersebut. Dibelek-belek satu
persatu buku yang terdapat di situ, semunya, pernah disentuh dan dibaca oleh
Timah sedang asyik melihat buku-buku tersebut, sekeping sampul surat terjatuh di ribanya.
Tertera namanya di lembaran sampul itu ‘Untukmu Kasih..’tanpa berfikir
panjang dia membuka sampul tersebut
untuk mengetahui isinya.
Salam buatmu Kasih,
Kau kasih buat suamiku, jua sahabatku juga
maduku..
(hehe, mesti terkejut kan aku berayat bunga-bungaan bagai)
Okla, aku tak pandai nak bersastera macam
kau, so, nak dipendekkan cerita tujuan aku tulis surat kiut miut ni khas untuk
kau, aku tau kau akan masuk bilik aku lepas aku dah tak de untuk kemas-kemas
kan barang,tapi jangan risau,bilik aku sentiasa kemas kan kan.(bangga jap :p)
hehe, sebab tu aku tulis, dan aku rasa aku tak sempat nak kasi surat ni masa
aku still hidup, so, aku selitkan kat buku Dia Yang Kunikahi tu. Aku harap kau
tak tekejut sangat dengan kewujudan surat
ni.
Kasih, sebenarnya, aku tak tahu yang aku dah
hamil 3 bulan lebih masa korang menikah, so, aku buat macam biasala,then, bila
aku rasa tak sedap badan aku terus pi
jumpa doktor, yela masa tu kan
korang dalam mood honeymoon. So,aku tak nak la ganggu gugat korang. Aku
putuskan untuk bagitahu lepas fasa honeymoon korang. Semua oang happy dengan
berita tu. Tapi, aku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah
hari, 2bulan sebelum fasa bersalin aku, aku sakit teruk, aku gagahkan diri
jumpa doktor dengan Mak Senah, aku tak nak susahkan korang . Bila jumpa doktor,
dia nasihatkan aku untuk gugurkan kandungan tu sebab membayahakan nyawa
aku,time tu jugakla semua penyakit nak mai, ish geram betul aku,,, dengan darah
tinggila, itula inila..herm,dugaan,bukan senang kot nak mengandung lagi,kecewa
aku doktor bagitau lagu tuh.pastu dalam usia kandungan aku yang dekat 7
bulan,kau pun tau kan,mana boleh gugur, kan dah ditiupkan roh masa tu, aku tak
nakla bunuh zuriat aku yang aku kandung selama 7bulan, aku tak kira aku tekad
nak lahirkan bayi ni. Cuma,aku tak pasti dapat tengok dia melihat dunia yang
fana ni atau tak.
JADINYA,
Andai kata hayat aku tak mengizinkan untuk
membelai dan menjaga anak ini, aku mohon sangat padamu Kasih agar kau dapat
menjaganya seperti anak sendiri, dan jagan lupa kasi nama yang comel dan baik
untuk anak aku tau.
(erk,apasal aku rasa surat ni basah, kau nangis eh…sory, sory bukan
niat aku nak buat kau nangis, hehe,senyum sikit ^_^)
Kau didiklah anak aku dengan ilmu dunia dan
akhirat dengan baik ye. Nanti harapnya
dia boleh hulukan doa buat kita bertiga semasa kita tiada. Ok fine, memang aku
yang pergi dulu dai korang sebabnya Allah cayang tat titew..jangan jeles,hihi
aku gurau je..
Itu saja celoteh aku buat yang terakhir
untuk kau, opss,lupa lagi satu terima kasih kerana menjadi isteri solehah untuk
abang Ali.Moga betemu di syurgaNya..
p/s: harap-harap kau jumpala surat ni,kalau kau tak
baca,penat je aku karang.. tak pun,nanti kalau Allah izinkan aku masuk dalam
mimpi kau suruh kau baca surat
ni. =)
tolong doakan aku ye..
Yang Solehah, (perasan lagi ;p)
………………..
Saudaramu Fatimah.
Kasih menangis teresak-esak membaca surat
dari Timah, apa yang dipesan cuba
untuk dipenuhinya dan dia berjanji akan mendidik dengan baik anak Timah.
Disisip kemas surat
tersebut di dalam buku diari miliknya, agar sentiasa diingat pesanan itu.
-TAMAT-
Thursday, February 7, 2013
My Poly Game : Part 2
“Kring…Kring…Kring…” Telefon rumah berdering, Timah yang
sedang masak di dapur bergegas menjawab panggilan.
“ Assalamualaikum. Nak cari siapa ya?” Timah menjawab
deringan dan menyoal seperti biasa bila menjawab panggilan.
“Waalaikumsalam. Saya Kasih, boleh saya bercakap dengan Puan
Fatimah?”
“ Ye, saya bercakap. Ada
apa ye Kasih?” Timah teringat kan
kawan lamanya yang bernama Kasih Raihan di bangku sekolah dan hanya kawannya
yang seorang tu yang bernama Kasih, sungguh unik.
“Puan, macam ni, Encik Ali menyuruh saya untuk bertemu
dengan Puan untuk berbincang soal perkahwinan kami dan dia maklumkan pada saya
,Puan adalah orang yang akan banyak membantu kami.”
Timah terkejut mendengar jawapan dari pemanggil telefon
tersebut , dia merasa gembira kerana akhirnya dia akan mengenali bakal madunya.
Timbul dibenaknya mengapa suaminya tak memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.
Tak pun memang nak bagi ‘surprise’ padanya? Dia hanya bersangka baik sambil
mengelamun.
“Puan..Puan, Puan ok ke?” Kasih bertanya setelah perbualan
lama terhenti.
“Oh,ya..ya, maafkan saya. Apa kata kita jumpa? Bila awak
‘free’?”
“ Esok. Apa kata kita bertemu di RFC (Radix Fried Chicken)?
Jam 3 petang?” Kasih mencadangkan.
“ Ok. InsyaAllah, jumpa esok ya.” Gagang telefon diletakkan
sambil hatinya berbunga riang.
-----------------------------------------------------------------
“Assalamualaikum, Tim abang da balik ni,ada buah kesukaan
awak ni hah” Ali menguak pintu kamar tidur mereka, dilihat isterinya sedang
lena tidur di sofa sambil buku yang tertutup ke muka isterinya. Geli hatinya
melihat sikap isterinya yang sering tertidur dengan buku yang dibacanya.
“Ehhmm, Waalaikumsalam, yeye abang balik bawa pisang ye?”
Pantas Timah terjaga apabila mendengar suaminya memberi salam .
“Iyelah,buah kegemaran awak tu,,abang ingat lagi masa awak
mengandung dulu, awak sering minta abang belikan pisang. Nasib baik senang nak
cari kan,
hehe..erkkk..”
Suasana bertukar suram apabila Timah terkenangkan kandungannya yang gugur dua kali kerana
rahimnya tidak cukup kuat untuk membawa
bayi, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.
“Tim,abang minta maaf Tim, abang tak terniat..’’
“Tak pelah bang,perkara lalu,kita jadikan iktibar,mungkin
Tim tak bersedia lagi untuk bergelar seorang ibu, Dia lebih tahu kan bang..” Timah senyum
hambar. Diiringkan badannya ke tepi sofa kerana tidak mahu suaminya melihat
matanya yang sedang bergenang air mata.
“Abang pergilah mandi dulu, nanti kita makan sama-sama ye,
lagi satu ada hal nak tanya abang..”
Timah berbicara memecahkan kesuraman pada malam itu.
“Nak tanya apa? Kalau nak tanya abang dah solat isya’ ke
belum..mestilah dah, siap bos abang ajak berjemaah lagi di masjid
berhampiran.hehe..” Ali bersuara seperti budak-budak ,ingin menceriakan kembali
isterinya,dia tahu memang dia bersalah kerana mengungkit hal lama yang pahit
untuk dikenang.
“Haha,apa la abang ni, tak kan saya nak tanya soalan tu, yang pasal
solat tu,saya tahu yang abang akan solat fardhu berjamaah lagi di masjid, tak
payah tanya dah..” Tim pula yang geli hati.
“ Ok, abang mandi dulu nak bagi wangi supaya dapat ikut
sunnah Rasul s.a.w yang suka berwangi-wangian, dapat pahala sunnah kan..kan” Ali mula mencapai tuala, setelah
melihat isterinya mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya.
to be continued...
Wednesday, February 6, 2013
My poly game : Part 1
“Acumh..acumch..” Bunyi bersinan kucing yang bernama Meow
memecahkan suasana sepi di kediaman pasangan Ali dan Timah. Barangkali dek
kerana cuaca yang dingin.
Tidak lama selpas itu bermulalah dialog antara pasangan
suami isteri itu yang bakal membuat perubahan besar di alam rumah tangga
mereka.
“ Tim, abang ada sesuatu nak bincang ni..” Ali memulakan
hasrat dengan cermat.
“ Ermm, ada apa bang? Lauk yang Tim masak tadi terlalu masin
ke? Kalau sebab tu minta maaf sangat-sangat bang…” Timah menjawab selamba.
“Eh,bukan..bukan, lauk-lauk Tim semua sedap
belaka…hemphh..fuhhh ”. Ali menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.
Timah membiarkan suaminya yang dihormati untuk meneruskan
bicara sebelum dia menyampuk agar suaminya dapat bercerita dengan tenang.
“Sebenarnya, abang nak nikah satu lagi…!!” Ali menekup
gegendang telinganya khuatir isterinya yang baru seorang itu membebel dan
memarahinya. Namun, reaksi yang tak disangka-sangka pula yang terjadi.
“Oh, ya ka? Awat tak habaq awai-awai kat ceq?” .sambil
tersengih-sengih Tim menjawab dengan loghat Kedah , negeri kelahiran suaminya.
“Tim tak marah?”
“ Dok aih, benda baik nak marah apanya..apa la abang ni..”
Ali makin tak percaya dalam hatinya sangat-sangat bersyukur.
“Sapa calonnya? Dah pi pinang ka?”
“Hamboih, yang awak ni macam tak sabar-sabar pulak saya
kahwin lain, ada apa-apa ke ni?” Ali mushkil.
“Idokle bang, Tim tanya je,kalau salah dan mengguris hati
abang, Tim minta maaf banyak-banyak..” Timah bertukar ke loghat Perak pula,
negeri kelahirannya.
“Calonnya dah ada,belum pi pinang lagi,abang cadang lepaih
dapat restu awak dan mahkamah abang akan hantar rombongan. Awak setuju tak?
Kalau awak tak setuju tak pa.”
“Setuju ja bang, asalkan perempuan tu solehah macam saya
..hehe, saya bagi ‘green light’ pada abang…lagi satu, kalau abang nak saya yang
pi pinangkan pun saya sanggup demi abang. Nak tak? Special offer ni..” sempat
lagi Timah perasan .
Ali berfikir sejenak dan mengangguk serta geli hati melihat
isterinya yang gemar perasan itu. Namun,jauh di sudut hatinya,dia mengakuinya
yang isterinya memang solehah.
“ Sat-sat, sebelum tu,saya kenal dak dengan bakal bini abang
tu? Muda dari saya ke? Kerja apa?” Bertubi-tubi soalan ditanya kepada Sang
suami. Nampaknya Timah memang beria-ria nak bermadu.
“Hamboih, tak sabar-sabar ye nak bertaa’rufnya. Entahla,
abang rasa Tim tak kenal kot, yang lain tu nanti abang akan jawab. Sebelum tu
abang nak tanya, kenapa awak ni ‘excited’ semacam ja bila abang minta izin
nikah lain? Tak cemburu ke?”
“ Cemburu?? Mestilah bang oi, tapi Tim yakin dengan abang,
yang abang tak akan buat sesuatu perkara kalau tak ada sebab yang munasabah,
mungkin perempuan abang yang nak nikah tu boleh bagi sumbangan yang baik untuk
islam lepaih nikah dengan abang Tim tak kisah, ‘as long as you love me babeh..
lillah’…” Panjang lebar Timah menerangkan dan sempat lagi menyanyikan bait lagu
inggeris yang selalu dia terdengar dari jiran sebelah rumahnya yang berbangsa
Cina yang sering melagukannya.
“ Jazakillah Tim kerana faham abang, insyaAllah ‘I love You fillah’ , harap lepaih ni abang
dapat berlaku adil pada kalian, tolong doakan abang ya..” Ali mengharap.
“InsyaAllah bang, Tim akan doakan kita semua..Tim bahagia
dengan abang dan kalau boleh Tim nak berkongsi kebahagiaan yang Tim rasa.”
Timah menjawab dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
to be continued......
to be continued......
Subscribe to:
Posts (Atom)


