Thursday, February 7, 2013

My Poly Game : Part 2



“Kring…Kring…Kring…” Telefon rumah berdering, Timah yang sedang masak di dapur bergegas menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum. Nak cari siapa ya?” Timah menjawab deringan dan menyoal seperti biasa bila menjawab panggilan.

“Waalaikumsalam. Saya Kasih, boleh saya bercakap dengan Puan Fatimah?”

“ Ye, saya bercakap. Ada apa ye Kasih?” Timah teringat kan kawan lamanya yang bernama Kasih Raihan di bangku sekolah dan hanya kawannya yang seorang tu yang bernama Kasih, sungguh unik.

“Puan, macam ni, Encik Ali menyuruh saya untuk bertemu dengan Puan untuk berbincang soal perkahwinan kami dan dia maklumkan pada saya ,Puan adalah orang yang akan banyak membantu kami.”
Timah terkejut mendengar jawapan dari pemanggil telefon tersebut , dia merasa gembira kerana akhirnya dia akan mengenali bakal madunya. Timbul dibenaknya mengapa suaminya tak memaklumkan terlebih dahulu kepadanya. Tak pun memang nak bagi ‘surprise’ padanya? Dia hanya bersangka baik sambil mengelamun.

“Puan..Puan, Puan ok ke?” Kasih bertanya setelah perbualan lama terhenti.

“Oh,ya..ya, maafkan saya. Apa kata kita jumpa? Bila awak ‘free’?”

“ Esok. Apa kata kita bertemu di RFC (Radix Fried Chicken)? Jam 3 petang?” Kasih mencadangkan.

“ Ok. InsyaAllah, jumpa esok ya.” Gagang telefon diletakkan sambil hatinya berbunga riang.
-----------------------------------------------------------------

“Assalamualaikum, Tim abang da balik ni,ada buah kesukaan awak ni hah” Ali menguak pintu kamar tidur mereka, dilihat isterinya sedang lena tidur di sofa sambil buku yang tertutup ke muka isterinya. Geli hatinya melihat sikap isterinya yang sering tertidur dengan buku yang dibacanya.

“Ehhmm, Waalaikumsalam, yeye abang balik bawa pisang ye?” Pantas Timah terjaga apabila mendengar suaminya memberi salam .

“Iyelah,buah kegemaran awak tu,,abang ingat lagi masa awak mengandung dulu, awak sering minta abang belikan pisang. Nasib baik senang nak cari kan, hehe..erkkk..”

Suasana bertukar suram apabila Timah terkenangkan  kandungannya yang gugur dua kali kerana rahimnya tidak cukup kuat  untuk membawa bayi, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“Tim,abang minta maaf Tim, abang tak terniat..’’

“Tak pelah bang,perkara lalu,kita jadikan iktibar,mungkin Tim tak bersedia lagi untuk bergelar seorang ibu, Dia lebih tahu kan bang..” Timah senyum hambar. Diiringkan badannya ke tepi sofa kerana tidak mahu suaminya melihat matanya yang sedang bergenang air mata.


“Abang pergilah mandi dulu, nanti kita makan sama-sama ye, lagi satu ada hal nak tanya abang..”  Timah berbicara memecahkan kesuraman pada malam itu.

“Nak tanya apa? Kalau nak tanya abang dah solat isya’ ke belum..mestilah dah, siap bos abang ajak berjemaah lagi di masjid berhampiran.hehe..” Ali bersuara seperti budak-budak ,ingin menceriakan kembali isterinya,dia tahu memang dia bersalah kerana mengungkit hal lama yang pahit untuk dikenang.
“Haha,apa la abang ni, tak kan saya nak tanya soalan tu, yang pasal solat tu,saya tahu yang abang akan solat fardhu berjamaah lagi di masjid, tak payah tanya dah..” Tim pula yang geli hati.

“ Ok, abang mandi dulu nak bagi wangi supaya dapat ikut sunnah Rasul s.a.w yang suka berwangi-wangian, dapat pahala sunnah kan..kan” Ali mula mencapai tuala, setelah melihat isterinya mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya.



to be continued...

Wednesday, February 6, 2013

My poly game : Part 1


“Acumh..acumch..” Bunyi bersinan kucing yang bernama Meow memecahkan suasana sepi di kediaman pasangan Ali dan Timah. Barangkali dek kerana cuaca yang dingin.
Tidak lama selpas itu bermulalah dialog antara pasangan suami isteri itu yang bakal membuat perubahan besar di alam rumah tangga mereka.

“ Tim, abang ada sesuatu nak bincang ni..” Ali memulakan hasrat dengan cermat.

“ Ermm, ada apa bang? Lauk yang Tim masak tadi terlalu masin ke? Kalau sebab tu minta maaf sangat-sangat bang…” Timah  menjawab selamba.

“Eh,bukan..bukan, lauk-lauk Tim semua sedap belaka…hemphh..fuhhh  ”.  Ali menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

Timah membiarkan suaminya yang dihormati untuk meneruskan bicara sebelum dia menyampuk agar suaminya dapat bercerita dengan tenang.

“Sebenarnya, abang nak nikah satu lagi…!!” Ali menekup gegendang telinganya khuatir isterinya yang baru seorang itu membebel dan memarahinya. Namun, reaksi yang tak disangka-sangka pula yang terjadi.

“Oh, ya ka? Awat tak habaq awai-awai kat ceq?” .sambil tersengih-sengih Tim menjawab dengan loghat Kedah , negeri kelahiran suaminya.

“Tim tak marah?”

“ Dok aih, benda baik nak marah apanya..apa la abang ni..”

Ali makin tak percaya dalam hatinya sangat-sangat bersyukur.

“Sapa calonnya? Dah pi pinang ka?”

“Hamboih, yang awak ni macam tak sabar-sabar pulak saya kahwin lain, ada apa-apa ke ni?” Ali mushkil.

“Idokle bang, Tim tanya je,kalau salah dan mengguris hati abang, Tim minta maaf banyak-banyak..” Timah bertukar ke loghat Perak pula, negeri kelahirannya.

“Calonnya dah ada,belum pi pinang lagi,abang cadang lepaih dapat restu awak dan mahkamah abang akan hantar rombongan. Awak setuju tak? Kalau awak tak setuju tak pa.”

“Setuju ja bang, asalkan perempuan tu solehah macam saya ..hehe, saya bagi ‘green light’ pada abang…lagi satu, kalau abang nak saya yang pi pinangkan pun saya sanggup demi abang. Nak tak? Special offer ni..” sempat lagi Timah perasan .

Ali berfikir sejenak dan mengangguk serta geli hati melihat isterinya yang gemar perasan itu. Namun,jauh di sudut hatinya,dia mengakuinya yang isterinya memang solehah.

“ Sat-sat, sebelum tu,saya kenal dak dengan bakal bini abang tu? Muda dari saya ke? Kerja apa?” Bertubi-tubi soalan ditanya kepada Sang suami. Nampaknya Timah memang beria-ria nak bermadu.

“Hamboih, tak sabar-sabar ye nak bertaa’rufnya. Entahla, abang rasa Tim tak kenal kot, yang lain tu nanti abang akan jawab. Sebelum tu abang nak tanya, kenapa awak ni ‘excited’ semacam ja bila abang minta izin nikah lain? Tak cemburu ke?”

“ Cemburu?? Mestilah bang oi, tapi Tim yakin dengan abang, yang abang tak akan buat sesuatu perkara kalau tak ada sebab yang munasabah, mungkin perempuan abang yang nak nikah tu boleh bagi sumbangan yang baik untuk islam lepaih nikah dengan abang Tim tak kisah, ‘as long as you love me babeh.. lillah’…” Panjang lebar Timah menerangkan dan sempat lagi menyanyikan bait lagu inggeris yang selalu dia terdengar dari jiran sebelah rumahnya yang berbangsa Cina yang sering melagukannya.

“ Jazakillah Tim kerana faham abang, insyaAllah  ‘I love You fillah’ , harap lepaih ni abang dapat berlaku adil pada kalian, tolong doakan abang ya..” Ali mengharap.

“InsyaAllah bang, Tim akan doakan kita semua..Tim bahagia dengan abang dan kalau boleh Tim nak berkongsi kebahagiaan yang Tim rasa.” Timah menjawab dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.


to be continued......

Friday, January 18, 2013

tanpa tajuk

bimillah
allahumma solli a'la sayyidina muhammad

sayang

amat sayang

walau geli menyebut nya

hati ini

memang sayang pada nya

mungkin dia tak sedar

ada yang sayang

tapi ,

aku tak peduli

andai dia tak menyedari

asalkan

dia sedar,

ada Allah..

yang sentiasa menyayangi

dan mengampuni



  1. Pada suatu hari, Uqa'il berasa haus dan setelah puas mencari air di merata tmpt, namun tak ketemui. Maka baginda Rasulullah bkata kpd Uqa'il "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu dan smpi kan salam ku kpd nya serta katakan, jika pd mu ada air, berilah aku minum". Lalu Uqa'il pergi mendaki gunung tersebut dan berkata spt yg disuruh Rasulullah. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dgn fasih...nya, Katakanlah kpd Rasulullah bhw sejak Allah menurunkan ayat (yg bermaksud), "Hai org2 yg beriman, jagalah dirimu serta keluarga mu daripada seksaan api neraka yg umpannya daripada manusia dan batu". "Sejak itu aku menangis krn takut jika aku menjadi batu itu dan tidak ada air lg padaku".
    Renung2kan..Selamat beramal semua..♥♡


    (sekadar gambar hiasan)

    sayang dia lillah, moga masih ada ruang untuknya bertaubat dan bersimpuh padaMu Ya Rabb ..

Tuesday, January 8, 2013

Dakwah is Cinta

bismillahirrahirrahmanirrahim

allahumma solli a'la saiyidina muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wa sallam


surprise~ saya datang lagi, baru seminggu update haritu persaan eager membuak-buak untuk update blog lagi,tiba-tiba rasa rindu. ok, sebelum masuk pada tajuk ni, saya cuma nak habaq sat yang saya masih dalam fasa final exam,disebabkan ade 8hari lagi sebelum menepuhi final paper,saya curi masa yang ada untuk bermain-main di blog saya.alhamdulillah kesempatan Allah anugerahkan kepada saya yang sering ada masa tapi tak bnyak yang dimanfaatkan..

ok, tajuk entry saya petik dari kata-kata seorang kakak senior yang saya hormati dengan pengisian bersama beliau beberapa hari yang lalu.. 'dakwah is cinta'. yeah, that's right. sebab tu dalam berdakwah kita kena lihat mad'u yakni orang yang kita nak dakwah dengan pandangan kasih sayang. bukan dari kaca mata seorang penghukum. INGAT !!, A dai'e is'nt a judger.

lihat gambar di atas ^_^
lame aku tatap gambr atas ni yang keluar di newsfeed aku di fb.ada satu perasaan yang sukar digambar,mungkin,tenang dalam masa yang sama cemburu dalam masa yang sama sayu dan juga bahagia + syukur.so, tergerak hati nak download this nice picture and it has inspired me to write something at here.

a niqabis up there is my friend. dulu,beliau bukan seperti itu maksud saya, beliau baru berhijrah. Ini buktinya, jangan ingat orang yang melakukan kejahilan itu akan jahil selama-lamanya. kalau dilihat pemakainnya dulu dan sekarang jauh berbeza dan sekarang beliau lebih sayangkan masayarakat dengan melakukan street dakwah dengan lebih giat lagi. to me, terus terang tak sekuat dia, Allah jua yang berkuasa memberi die hidayahNYA. dan aku yakin dia lebih baik dari diri aku yang dilihat baik pada pandangan umum.

bukan aku nak kata bila berpurdah tu adalah setinggi-tinggi utk mengukur tahap kebaikan seseorang.tapi, pemakaian melambangkan hati kita. dan dugaan dalam berpudah juga tetap ada,dan aku mengaguminya bukan saja sebab purdahnya.  dan untuk makluman aku tak memakai purdah .

aku tak layak bergelar dai'e , ya, perasaan tu memang ada dan aku percaya bukan aku saja yang rasa tak layak. tapi,sedar atau tidak secara automatiknya kita memang dah jadi seorang dai'e. jadi, persiapkanlah diri dengan ilmu,iman,amal, akhlak yang mantap untuk islam. INGAT, syurga itu kampung akhirat kita semua, bukan kita saja yang mahu ke sana, semua orang nak. jadi, mari kita dengan sepenuh daya menarik diri, ahli keluarga dan sahabat2 ke syurgaNya. dan berdakwah itu flexible dan ada pelbagai cara. yang paling penting kebergantungan kita pada Allah letakkan di tempat tertinggi dan berusaha untuk ikhlaskan setiap amal kita kerana Ilahi.


0OOoohHHHhhooOO00 .. this time my post is a bit serious ..chill~

SALAM MUJAHADAH buat diriku & kalian ..

Saturday, December 29, 2012

sedingin canada

bismillahirrahmanirrahim
allahuma solli a'la saiyidina muhammmad wa a'la alihi wa sohbihi wa sallim


(gambar hiasan, credits to aiman azlan, ni mmg real scene at canada..autumn season,baru ku sedar,yang aku suke pada pemandangan musim luruh, tenang melihat ciptaan Allah..ok,sumpah description yg berjela utk sebuah gambar..hihi)

alhamdulillah2x, mood menaip dtg tibe2 al-maklumla di masa nk exam 4 final yg xlame dah dalam 3 hari lagi.suka saya di sini untuk mencuri masa yang ada..sebelum ni bukan tak da masa,tapi mood tak mai lagi.(intro baru..)

tajuk entri yang bombastik.sedingin canada?? haha, memang berangan~, sebenarnya pagi ni sejuk lain macam,nak banding dengan canada memang la bandngan hiperbola,kalau sejuk di UM ni pon tak tertahan, macam mana nak pi study oversea sana nunnnn..!! inilah dugaan seorang student luaq negara, alah bisa tegal biasa.semoga aku pon insyaallah satu hari nanti bakal menjejakkan kaki di canada.amin

ok itu saja celoteh saya hari ini,kalau merapu banyak sangat alamatnya tak terstudy lah saya/aku(kecelaruan identiti yg tak tersudah)..ok, kepada kawan2 semua selmat menjawab dengan bijak perbanyakkn selawat ke atas nabi muhammad s.a.w .

sebelum mengakhiri, nantikan kemunculan cerpen2 dari kita na,, yg bertajuk
:

1- 3 hero
2- ana bukan sebarang ana

wish me luck, may Allah forgive us for all of our sins..lets istighfar frequently ..


Thursday, June 21, 2012

salam 1 Malaysia

bismillahirrahmanirrahim

testing2.ops, b4 that, selawat dan salam ke ats junjungan tercinta rasullullah s.a.w

entry kali ni, seyesly xdak kaitan dgn tajuk, bkn ape da tepu dgn trademark '1Malaysia' di tv

ok, tetibe terade mood utk tulih entry baru...huhuhu

aceli, arap2 sgt dak2 apids/ asis xdak yg bce entry ni..klo xde spe2 bace lgi bgs..ngeh3

aku just nak luahkan di sini yg aku terrindu kan sangat2 dak2 apids batch aku n seluruh family apids/asis

dr tnga pngjr, pentadbir, pensihat, n seglae2 'pe' lagi la dlm nm bru skng sempsis plk...=)  (what a cute name...*_*)

tu je nak tulis..b4 balik artu best sgt2 program yg deme bt..rsa syng nk tnglkn kos ni , tpi, aku x cocok dgn

kos ni,  xdak chemistry, yg rse  sedih sebab org2nye yg baik2 belake,,pasni kite da x sekapal dah, tapi

arapnye ukhwah tetap utuh hendaknya...  akhir kalam...


AKU SAYANG N RINDU FAMILY APIDS/ASIS n_______n

(sory xdak  gmbr kng2an utk di publish ..enst kite, enst plg simpel...xpalah aslkn terpahat di hati..


eh,  jap2..tdi belek2 balik pic2 di fb kwn..alhamdulillah akhirnye jmp gmba ni..kump kami mng keselrhn

dalam program terakhir b4 balik cuti yg dianjurkn olh senior2.. ARD'12 IS THE BEST!!!

mmg kmngn yg x dijngka ape2pon..pengharapan tu lbh baik xde dr ade..kan3


P/S: TAPI XSUME ADE DLM NI...XSUME ADE PON ALAH BG MENANG...ALHAMDULILLAH

Wednesday, March 14, 2012

terase???..wajar ke?

IN THE NAME OF ALLAH THE ALL MIGHTY AND THE MOST MERCIFUL

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

di malam yg sunyi dok di bilik di kk12 ni, ana/sya/aku nak share sesuatu mngnai hati..<3..

erm,,fokus pada perasaan insani antra sahabat2..ok, sbnrnya aku sje nak curi masa yg ada yg da byk dibazirkn  

bt bnd yg xde faedah,so, even da x lma nak exam final..tetibe mood dtng nak menaip....*__*


ok,berbalik pada tajuk, nak tanya la sape yg penah tersasa/ tersakit hati dgn kawan2?? ..angkat tangan...eh,
silap2, turun tangan ..klo penah cepat2 istighfar...astarghfirullah3x..haa,benda nila yg aku nak cerite, macam ni beberpa mnggu yg lalu,aku cepat sangat terasa,perangai lama berulang kembali,,hiiiii..dengan hampir semua kwan aku, aku nk tacing2 sbb bnd2 remeh,aku selalu compare..''awat dengan aku deme x wat camtu?...,,awat deme x panggil aku??..,,awat deme soh aku je yg buat?..awat..?awat? awat???''...hah,tula yg selalu aku pikiaq yg membuat hati aku benanah...nasib baik skang ni dah recovered .alhamdulillah..herm,pastu aku pon nak tengkan dri balik, aku pikir awat aku ni macam ni  ha??..acik nak terse je..aku tgh fasa nak menstrual ke??..klo iktkn mmg da nk dekat atau mmg tgh dalam fasa tu..tp,usually,lps da tempoh haid tu aku jdik normal balik,..tp,entahle sejak 2 menjak tu aku hangin semacam..muke kelat, hitam pekat etc..so,,aku rsa ni mst ad kaitan dengan hati aku..cek punya cek mmg disitulah masalhnya...

................................................................................................................................................................

aku tersedar,hati aku yg tlh byk terdedah dengan maksiat pnc segala mslh..hati x terjaga..yg plg trk xde rs pon nak jg hati tu...mcm ni la jadinya bila bnd yg x baik dibiarkn dlm dri..bnd tu akn jd bnd biasa...astarghfirullah,,,aku nak nangis tapi, air mata yg keruh maupon jernih tak mengalir pon..tgk  kritikalnya hati aku tym tu..astarghfirullah..padahal selama ni pnh je aku dgr tazkirah berkaitan hati..n taubat..one of it yg aku still ingat 'istighfarlah,ssghnya ia semudah2 taubat'...see,,mmg mdh ayat tu, tp, bile x amal n x meresap dlm dri..mmg ssh nak bt..nak istighfar berpuluh2 kali pon ssh ko hati tu hitam n kelam...serabut btl hati aku tym tu...acik nak marah org, sangka brk, x ikhlas dlm beribadah ...byknya maslh hati yg x settle,,so, aku pon ush gak utk istighfar byk2 kali evn x byk mn pon sbnrnya..lame2 pastu, ketenagan hadir dengan diundang..da lme mencari akhirnya ALLAH hadiahkan jua..aku mula pikir balik  pasal tujuan aku bersahabat, knp perlu tersa..n aku teringat pada stu artikel yg aku pnh bace..petikannya..''bila kita tersa dgn ssorng sbnrnya,itu tgrn dr ALLAH,sbnrnya kta xde hak pon nak terse..''...lbh krg camtu ..bile pkir blk btl gak,sbbnya ALLAH yg nak br tgrn kat kite n muhasabah balik..klo kt tesrsa ngn orng tu means that kt sbnrnya trs dgn ALLAH...ad bantahan??,..depends..

alhamdulillah,hari ke hari bile muhasabah balik, aku rs ni mmg balasan ats prbtn aku sndr..mst aku da bt ramai org tersa..ALLAH jht sgt aku ni,mayb org nmpk luar baik..post bnd2 baik kat fb,tp, hati x smstnya baik..kn3..then,aku pon rs mmg aku da bt org sakit hati ..padan dgn muke aku..alhamdulillah,skng ni ALLAH bg aku kesedaran..pastu ditambah lagi dgn bahan bacaan yg aku bce mengenai 'Imam As-Syafie..pejuang kebenaran'..aku lbh byk sedar mngnai akhlak aku sebagai seorng muslim..mmg jauh bezanya antra akhlak kta dan mrk semua..rs, hina sgt dr ni..lagi satu poin yg aku dapat..sbnrnya ikhlas n edho ALLAH,bila kt bt sesuatu prkra utk ALLAH ,,nak redhoNYA,,kita xkan kecewa..yup,,btl sgt33, aku pon try gak,,mmg btl..bile hasil yg kt bt x sprt yg dihrpkn..yakinlah ALLAH menilai niat n ush kita,,biarla orng x pndg kebaikn yg kt buat,asalkn ALLAH je tau..lagi sweet kan...mgkn pasni aku kn lebih ingat ALLAH n mati..yes,,,tu die poinnya..

*** rentetan ,dr peristwa tu ap2 pon prkra yg aku rs nak sakit hati..aku bt xtau dah..mmg tu perasaan aku je..dan aku pon da malas nk bls dgn kate2 yg menyakiti org tu balik..selme ni aku bals je..tnp pikir prsaan org tu..acik nak mng je..apslhnya kta tundukkn ego..^^ ALLAH lgi syng..=)

aku jg selame ni terlalu rapat dgn kwn2 aku,mgkn melebihi PENCIPTA aku,,so,ni gak teguran drNYA kpd aku....alhamdulillah,,aku pon da jrg pi bilik deme..rs tng plk..bkn nak kate deme tu x baik or bawk pngrh brk..tp sbnrnya sebaliknnya..aku yg bwk pngrh brk pd deme..aku brs tng bile jauh dgn orng..mga aku lbh mendekatiNYA

hablu minaALLAH, hablu minannas,,ni pon stu hal kdg2 aku rs bile aku dkt dgn ALLAH,aku xbaik hbgn dgn kwn2..bile aku baik/rpat dgn kwn2 ..aku plk yg semakin jauh dgn ALLAH...x balance kan..mst ad smtnhg wrong yg aku terlepas pndgn..mgkn ibdh aku x ckp ikhlas n semprna lagi..kn byk baiki amalan lagi..(menaip pandai,bt pon pandai ye hanun..**)..
 

insyaallah berakhir di sni sja sharing aku pada malam ni,ty to do tutorial..wish me the best luck 4 final jazakumullah khairan jaza'..^_^

p/s: kpd kwn2 yg aku bt korng tersa aku minta maaf byk2 mga bertemu di syurga..~_~